Pages

Sep 25, 2008

Raya theme 1429 Hijrah

Inilah gaya Tema Syawal keluarga kami bagi tahun nie... 1429 Hijrah (2008). Dah lamer tak ambik gambar kat studio. Tahun nie dapat bonus maka kami sekeluarga pegiler ke kedai gambar untuk mememorikan syawal tahun nie. Tema tahun nie adalah warna Blue green. Cantik Tak???

Yang penting abadikan kenangan bersama keluarga kita sebagai satu aktiviti tahunan. Kenangan yang lepas tak dapat dikembalikan. Maka inilah kenangan buat kita sekeluarga... Semoga berbahgia ke anak cucu... Amin

Sep 23, 2008

Rezeki Ramadhan 1429Hj

Assalamualaikum...

Khamis Lepas aku dapat surat tawaran memangku jawatan DGA32 GC math. Alhamdulillah... Tak sangka dapat... menurut tawaran tu aku kena memangku DGA32 sekurang-kurangnya 6 bulan, lepas tu barulah dipertimbangkan kenaikan pangkat ker DGA32 GC Math.

Takut juga nak menanggung gelaran nie... aper pun, aku cubalah... Dah rezeki Allah nak beri... Kena Terima dan Bersyukur... Alhamdulillah...

Harap kengkawan dapat bantu aku dalam menjalankan tugas yang aku kena buat...

Aper pun nie semua rezeki untuk anak-anak dan isteri aku... Takbir.

Sep 18, 2008

Rezeki Ramadhan

Alhamdulillah... dalam bulan Ramadhan nie, aku terima satu surat yang mempunyai isi yang menggembirakan.

Aku dapat naik pangkat ke DGA32, biasanya kalau ikut rangking, aku kena tunggu 10 tahun baru boleh naik ker gred nie...

Awal tahun 2008 aku ada mohon jawatan GC, tak sangka permohonan tu diterima... so jimat masa 2 tahun untuk kenaikan ke gred DGA32.

Masa mohon dulu aku bernazar nak berpuasa 3 hari... Insya-Allah, Lapas Aidilfitri nie aku nak tunaikan nazar aku...

Alhamdulillah... rezeki semua datang dari Allah...

Sep 10, 2008

Turn Raya

Kisah turn nak beraya dalam keluarga nie macam-macam.... Termasuklah aku dan keluarga aku...

Aku nak reverse balik turn raya aku dulu, kini dan selamanya...

2002 - CB (Tahun pertama lepas kawin... beraya rumah bini ler....
2003 - CL
2004 - CB
2005 - CL
2006 - CB
2007 - CL
2008 - CB (nampak gayanyer beraya kat CB ler tahun nie...

Bermesyuarahlah dengan baik bersama keluarga untuk menentukan turn beraya. Tapi kalao kengkawan semua nak tau... kampong aku CL ngan orang rumah aku CB tak lah dekat sangat, tapi tak ler kena bayar tol macam orang lain... Minyak kena isi lah juga... Jaraknya lebih kurang 22 KM jer.... (tak dekat kalo nak berjalan atau naik basikal...) tapi kalo naik Kancil turbo cepatler sampai...

Selamat Beraya buat keluarga aku, keluarga korang dan keluarga2 yang seislam dengan ku....
Takbir... Allahhuakbar....

** CB - Cenderong Balai CL - Changkat Lada (Kg. Gajah)

Sep 2, 2008

Hadiah Merdeka Balqis

30 Hb Ogos ari tu Balqis telah menyertai pertandingan mewarna peringkat parlimen Bagan Datoh. Bersemangat nak mewarna, siap nak beli colour baru... Pertandingan tu dijalankan di Bangunan Umno Bagan Datoh, dan telah disertai oleh semua pelajar Tabika Kemas seluruh parlimen Bagan Datoh.

Dengan harapan yang tak berapa tinggi, Bonda Linda menunggu sambil memberi semangat kepada anakku tu...

Alhamdulillah, Balqis mendapat tempat ke 6 daripada 100 lebih peserta. Syukur... ader juga rezekinya di buan Merdeka nie...

Pada 31 Ogos pula Tabika kemas Surau Teluk Buloh mengadakan sambutan Hari kemerdekaan. Antara aktiviti yang dijalankan adalah perbarisan, nyanyian lagu kemerdekaan, pertandingan mewarna dan ceramah merdeka.

Ain pun masuk gak mewarna maser pertandingan tu. Alhamdulillah, Baqis mendapat tempat pertama... Nielah yang dikatakan hadiah merdeka Balqis...

* Ain menangis sebab tak dapat hadiah... maser balik singgah kedai beli hadiah untuk ain...

ADAM FAHMI

ADAM FAHMI