Pages

Apr 29, 2009

Balqis & Ujian pelajar berpotensi

Assalamualaikum..

Semalam dapat memo dari Cikgu Rohani (Cikgu Balqis & ain). Katanya nak bawa Kak Long (balqis) ke pertandingan pelajar berpotensi Kemas untuk tahun 2009. Jadi cikgunya minta kerjasama dari ayah & mama untuk bantu Balqis buat persiapan untuk pertandingan tersebut. Tahun Lepas balqis ada tercalon juga untuk pertandingan nie... tapi tak der rezeki...

Antara kandungan ujian tersebut adalah ujian matematik, pend. islam, bahasa inggeris, membaca dan lisan.

Insya-Allah ayah & mama akan bantu setakat yang mampu... Apapun ayah & mama doakan Kak Long boleh buat dan jawab semua soalan yangh diberikan... menang atau kalah tak kesah... yang penting, berani mencuba.

Apr 18, 2009

Journey to Pangkor


Minggu lepas aku menghadiri Kursus Orientasi GC di Pulau Pangkor. Banyak aktiviti dijalankan... antaranya LDK, XPDC rimba, Pena Gc dan sebagainya... sememangnya semua aktiviti ini amat berguna kepada kami peserta kursus. Kursus ini dianjurkan oleh jemaah nazir (JNJK).

Insya-Allah segala ilmu yang aku terima tu aku akan gunakan untuk meningkatkan profesionalisme aku sebagai seorang guru.

Tempat penginapan, Teluk Dalam Resort.

Hutan nie la yang di redah untuk aktiviti XPDC Rimba, Lebih kurang 2 jam kami mendaki dan turun semual... lepas habis meredah hutan, kena berakit pulak...
Berakit ke pulau... Rakit buat sendiri
Sejam mendayung baru sampai... pastu balik pulak sejam... nak tercabut tangan mendayung...
Pena GC... Buat buku berkumpulan... Ni la hasilnya...
Absailing & Flying Fox


Akhirnya balik ler... selepas 4 hari di sana... banyak ilmu yang berguna aku dapat dari pelbagai aktiviti yang dijalankan... Aperpun... Selamat Maju jaya buat diri aku dan rakan-rakan yang menyertai kursus nie...




Apr 8, 2009

Pa & Ma


Salam...

Untuk pengetahuan pelawat teratak... Pa & Ma nie adalah satu dari majalah yang aku suka beli satu ketika dulu.... Dah lama tak beli majalah tu... Sebenarnya banyak info menarik untuk panduan ibubapa kat majalah tu... majalah nie keluaran karangkraf sdn. bhd.

Kalau nak tau isi kandungannya.... dapatkanlah dipasaran... Rasanya start bulan nie nak kena cari balik la majalah nie...

ADAM FAHMI

ADAM FAHMI