Pages

Dec 17, 2008

Happy Birthday Norain Insyirah

zwani.com myspace graphic comments
Myspace Happy Birthday Comments & Graphics

Agak lambat gak masuk dalam blog nie... tak per la... yang penting ucapan selamat hari Lahir yang ke 4 buat anakanda kedua saya.... 28.11.2008 dah empat tahun.... tahun depan 2009 nak masuk Tadika kemas... belajarlah bersungguh-sungguh anakku.... Ayahkanda & Bonda mendoakan semoga anakkanda dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan dibuka pintu hati untuk menerima pelajaran... Amin

Nov 9, 2008

Family Day SKTB

Sabtu lepas kami sekeluarga pegi ke Sg. Sembilang, Kuala Selangor. Stay kat Pulau Indah Sea View Resort. Syok gak tempat tu...

Ramai la kaum kerabat SK Teluk Buloh pegi. Memacam aktiviti yang dibuat kat sana. Paling utama sekali, ape lagi... aktiviti berencam... tapi dalam kolam renang je la... Lautnyer tak sesuai kalo nak lakukan aktiviti berendam.

Aktiviti utama adalah majlis makan malam... banyak gak ler makanan malam tu... Lepas habis makan adalah sedikit aktiviti pertandingan untuk kanak-kanak dan penyampaian hadiah....

Hari Ahad pula diadakan acara sukaneka untuk anak-anak dan makbapak... he...he...he... jangan terkezut... Family aku johan keseluruhan.... dari anak-anak sampai mak bapak... semua hadiah kami sapu... Rezeki tu....

Balik tengah hari... aku sengsorang drive... anak2 ngan bondanya dah zzzzzzzz....... kepenatan lah tu.... sampai rumah gilirian aku pulak yang ZZZZZZzzzzzzzzz.....

Oct 28, 2008

Sekitar Aidilfitri 2008/ 1429 Hijrah

1 Syawal 1429 Hj/ 1 Oktober 2008

Ampun kan dosa saya bang.... Abang ampunkan dunia akhirat... Amin

Salam ayah... selamat hari raya aidilfitri....

Selamat hari Raya mama...
Ampunkan dosa Ain... (Nak duit rayer...)

Oct 23, 2008

Family Day SKSS

Jumaat (25/10/2008) Hari Keluarga SKSS Tempat : Teluk Rubiah Resort.

Hari nie pegi Teluk Rubiah, bawak kaum keluarga SKSS pegi sana... tapi kami sekeluarga tak dapat la nak tido kat sana, aku ada Class kat OUM epoh hari sabtu, so lepas dinner dan karaoke reramai, kami sekeluarga pun balik la.... jadi la sehari kat sana.... mandi-manda, bersantai, makan2, karaoke, dan game bola tampar pantai.

Member2 staff yang lain meneruskan aktiviti memancing malam tu...



Oct 5, 2008

Happy Birthday MAMA


Assalamualaikum...

7 Oktober 2008 merupakan Hari Lahir Wife aku yang tercinta. Dah masuk 28 dah wife aku nie... Dah makin berumur. Aper pun aku doakan Semoga isteriku dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki... (untuk aku & anak2 aku juga...) Semoga dengan bertambahnya umur tu, bertambahlah amal ibadat supaya kita sekeluarga lebih dekat dengan Allah S.W.T.

Aper agaknyer present nak bagi tahun nie yer... ??? tunggujerlah yang...
Ops... Jgn Luper.. Hari lahir kak Ngah pula... 28.11...

Ucapan Khas Dari Abang, kak Long & kak Ngah
"SELAMAT HARI LAHIR BUAT MAMA TERSAYANG..."

zwani.com myspace graphic comments
Happy Birthday Graphic Comments

Sep 25, 2008

Raya theme 1429 Hijrah

Inilah gaya Tema Syawal keluarga kami bagi tahun nie... 1429 Hijrah (2008). Dah lamer tak ambik gambar kat studio. Tahun nie dapat bonus maka kami sekeluarga pegiler ke kedai gambar untuk mememorikan syawal tahun nie. Tema tahun nie adalah warna Blue green. Cantik Tak???

Yang penting abadikan kenangan bersama keluarga kita sebagai satu aktiviti tahunan. Kenangan yang lepas tak dapat dikembalikan. Maka inilah kenangan buat kita sekeluarga... Semoga berbahgia ke anak cucu... Amin

Sep 23, 2008

Rezeki Ramadhan 1429Hj

Assalamualaikum...

Khamis Lepas aku dapat surat tawaran memangku jawatan DGA32 GC math. Alhamdulillah... Tak sangka dapat... menurut tawaran tu aku kena memangku DGA32 sekurang-kurangnya 6 bulan, lepas tu barulah dipertimbangkan kenaikan pangkat ker DGA32 GC Math.

Takut juga nak menanggung gelaran nie... aper pun, aku cubalah... Dah rezeki Allah nak beri... Kena Terima dan Bersyukur... Alhamdulillah...

Harap kengkawan dapat bantu aku dalam menjalankan tugas yang aku kena buat...

Aper pun nie semua rezeki untuk anak-anak dan isteri aku... Takbir.

Sep 18, 2008

Rezeki Ramadhan

Alhamdulillah... dalam bulan Ramadhan nie, aku terima satu surat yang mempunyai isi yang menggembirakan.

Aku dapat naik pangkat ke DGA32, biasanya kalau ikut rangking, aku kena tunggu 10 tahun baru boleh naik ker gred nie...

Awal tahun 2008 aku ada mohon jawatan GC, tak sangka permohonan tu diterima... so jimat masa 2 tahun untuk kenaikan ke gred DGA32.

Masa mohon dulu aku bernazar nak berpuasa 3 hari... Insya-Allah, Lapas Aidilfitri nie aku nak tunaikan nazar aku...

Alhamdulillah... rezeki semua datang dari Allah...

Sep 10, 2008

Turn Raya

Kisah turn nak beraya dalam keluarga nie macam-macam.... Termasuklah aku dan keluarga aku...

Aku nak reverse balik turn raya aku dulu, kini dan selamanya...

2002 - CB (Tahun pertama lepas kawin... beraya rumah bini ler....
2003 - CL
2004 - CB
2005 - CL
2006 - CB
2007 - CL
2008 - CB (nampak gayanyer beraya kat CB ler tahun nie...

Bermesyuarahlah dengan baik bersama keluarga untuk menentukan turn beraya. Tapi kalao kengkawan semua nak tau... kampong aku CL ngan orang rumah aku CB tak lah dekat sangat, tapi tak ler kena bayar tol macam orang lain... Minyak kena isi lah juga... Jaraknya lebih kurang 22 KM jer.... (tak dekat kalo nak berjalan atau naik basikal...) tapi kalo naik Kancil turbo cepatler sampai...

Selamat Beraya buat keluarga aku, keluarga korang dan keluarga2 yang seislam dengan ku....
Takbir... Allahhuakbar....

** CB - Cenderong Balai CL - Changkat Lada (Kg. Gajah)

Sep 2, 2008

Hadiah Merdeka Balqis

30 Hb Ogos ari tu Balqis telah menyertai pertandingan mewarna peringkat parlimen Bagan Datoh. Bersemangat nak mewarna, siap nak beli colour baru... Pertandingan tu dijalankan di Bangunan Umno Bagan Datoh, dan telah disertai oleh semua pelajar Tabika Kemas seluruh parlimen Bagan Datoh.

Dengan harapan yang tak berapa tinggi, Bonda Linda menunggu sambil memberi semangat kepada anakku tu...

Alhamdulillah, Balqis mendapat tempat ke 6 daripada 100 lebih peserta. Syukur... ader juga rezekinya di buan Merdeka nie...

Pada 31 Ogos pula Tabika kemas Surau Teluk Buloh mengadakan sambutan Hari kemerdekaan. Antara aktiviti yang dijalankan adalah perbarisan, nyanyian lagu kemerdekaan, pertandingan mewarna dan ceramah merdeka.

Ain pun masuk gak mewarna maser pertandingan tu. Alhamdulillah, Baqis mendapat tempat pertama... Nielah yang dikatakan hadiah merdeka Balqis...

* Ain menangis sebab tak dapat hadiah... maser balik singgah kedai beli hadiah untuk ain...

Aug 20, 2008

ANNIVERSARY


Sebut pasal anniversary nie, biasanyer pasangan yang dah ader keluarga mesti sambut punyer... termasuklah keluarga aku nie...

Inilah kad Jemputan Perkahwinan kami semasa melangsungkan perkahwinan pada 26 Mei tahun 2002.

Sehingga tahun ini kami telah menyambut ulangtahun perkahwinan kami yang ke ENAM. Alhamdulillah.

Doakanlah kebahagiaan kami hingga ke akhir hayat. Amin

Aug 17, 2008

FAMILY DETAIL


Nama : Muhammad Fadzli Bin Mat Zain
Gelaran : Ayah
Tarikh Lahir : 23 Julai 1979
Pekerjaan : Guru (SK Sungai Samak)


Nama : Norazlinda Bt. Hayom
Gelaran : Mama
Tarikh Lahir : 7 Oktober 1980
Pekerjaan : Guru (SK Teluk Buloh)


Nama : Norairina Balqis Bt Muhammad Fadzli
Gelaran : Kak Long
Tarikh Lahir : 5 Julai 2003

Nama : Norain Insyirah Bt. Muhammad Fadzli
Gelaran : Kak Ngah
Tarikh lahir : 28 November 2004

SALAM RAMADHAN

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan yang penuh berkat ini buat semua ahli keluarga dan pelawat blog fadzlinda. Semoga kita semua akan beroleh kesejahteraan dan dapat menjalani ibadah puasa (Rukun Islam yang ke-3) dengan penuh ketaqwaan.

Buat Balqis & Ain, tahun nie boleh la cuba-cuba berpuasa. Anak2 aku nie selalu tonton cd Upin & Ipin, kisah upin & ipin menjalani ibadah puasa boleh dijadikan contoh buat anak-anak kita semua ... "Dapatkan dipasaran" (iklan skit.) Balqis semangat nak berpuasa macam upin & ipin...

Sama-samalah ayah dan mama membimbing anak2 berpuasa tahun nie... Insya-Alah.

Aug 8, 2008

Aug 4, 2008

Holiday di Marina Water Park



Menghabiskan hari minggu di Marina Waterpark, Lumut Perak. Tarikh : 12 April 2008

Aug 2, 2008

Renungan Seisi Keluarga buat SUAMI

KISAH MAT DGN ISTERINYA NAB… (untuk renungan aje. nama watak dlm citer ni takde sekadar rekaan dan takde kene mengena dengan yg masih hidup mahupun yg sedang mati) Sumber : Ustaz Mazfadhillah B. Mat dewa

Bukan utk jenaka, tapi utk pengajaran.. buat renungan kawan-kawan.., khusus kpd insan bernama lelaki... suami ...dan... dot dot dot ????

Mat tidak pernah membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah. Malah dia sering bersungut sendirian kerana telah merasa bosan setiap hari pergi kerja,sedangkan Nab isterinya hanya tinggal di rumah. Kalau boleh, dia mahu isterinya tahu betapa penat dan letihnya dia bekerja setiap hari untuk menanggung keluarga.

Satu malam ~~~~

Mat berdoa,"Ya Tuhanku. Aku bekerja 8 jam sehari sedangkan isteriku hanya tinggal di rumah
bersama anak-anak. Aku mahu supaya dia tahubetapa letihnya aku bekerja setiap hari. Tolonglah ya Tuhan, tukarkanlah aku dan isteriku. Biar aku yang menjadi isteri untuk sehari sahaja supaya dia pula dapat merasakan betapa letihnya aku bekerja. Biar aku pula yang berehat di rumah"

Tuhan Yang Maha Mengetahui telah mengkabulkan permintaan Mat. Pagi besoknya, ia bangun dari tidur, dan pastinya sebagai seorang isteri. Bangun saja dari tidur, dia bergegas ke bilik air, cuci gigi dan terus ke dapur menyediakan sarapan untuk suami dan anak-anak. Pastu bangunkan anak-anak dan melayan mereka bersarapan, pada masa yang sama melayan suami bersarapan. Pastu menghantar suami yang nak pergi kerja ke pintu, kembali membetulkan baju anak-anak yang nak ke sekolah dan menyediakan air yang anak-anak nak bawa ke sekolah. Pastu panaskan injin kereta dan bergegas hantar anak-anak kesekolah. Balik dari sekolah terus ke pasar untuk membeli ikan dan keperluan dapur yang lain.

Dekat dua jam baru sampai balik ke rumah. Simpan barang-barang dapur ke dalam almari dapur dan ikan simpan dulu dalam peti ais. Komdian kutip kain busyuk untuk dicuci dengan mesin sehingga selesai dan dijemur. Pastu baru mula memasak untuk anak-anak yang akan balik sekolah nanti. Selesai masak, jam dah pukul 12.45 tengahari. Terpaksa pula bergegas ambil anak dari sekolah. Selesai ambil anak, beri pula mereka makan sebelum mengatur anak-anak supaya membuat kerja sekolah. Pastu terpaksa pula kemas rumah supaya jangan bersepah sangat.

Komdian angkat kain di jemuran. Tiba-tiba anak bongsu menangis kerana terjatuh. Dah nak kena beri rawatan dan pujuk supaya tangisan tidak berlarutan. Dah selesai, kain-kain yang baru diangkat perlu pula dilipat dan disusun dalam almari. Sedar tak sedar, waktu Zohor dah tinggal tak berapa minit saja lagi. Terpaksa bergegas pulak tunaikan Zohor sebelum tertinggal. Selesai salam, azan Asar kedengaran. Selesaikan pulak solat Asar sebelum menyambung apa-apa kerja yang belum siap. Belum sempat rehat, terpaksa pula balik ke dapur untuk menyiapkan makan malam.

Lepas Maghrib, terpaksa layan suami dan anak-anak makan, pastu cuci pinggan mangkuk, pastu mandikan anak yang masih kecil, pastu uruskan supaya anak-anak masuk tidur.... dan macam-macam pastu lagi. Dekat pukul 11.00 malam barulah semua kerja rumahtangga selesai. Badan pun dah longlai lohe...Bolehlah rasanya nak berehat sikit.

Opps.... belum boleh rehat rupanya. Suami juga mahukan layanan. Berdosa isteri kalau tak melayani kemahuan suami. Tambahan pulak malam ni malam Jumaat. Maka suami dilayani dengan sewajarnya sehinggalah dia terkulai dua kali lohe dan langsung tertidur....... tak pasti pukul berapa. Setelah terjaga sebelum dinihari, Mat segera bangun dan berdoa semula,"Ya Tuhanku. Barulah kini aku tahu.... Aku dah tak sanggup lagi jadi isteri. Aku keluar bekerja seharian pun tak penat macam ni. Ada juga masa berehat, minum kopi dan berbual dengan kawan-kawan.

Tolonglah kembalikan aku sebagai suami semula. Tobat aku tak sanggup dah jadi isteri. Salah sangkaanku selama ini bahawa kerja-kerja isteriku di rumah begitu mudah. Biarlah isteriku terus di rumah dan aku keluar bekerja"

Sekonyong-konyong Mat terdengar satu suara ghaib berkata,"Wahai Mat,kamu belum boleh kembali menjadi suami sebab….. persetubuhanmu malam tadi telah menjadi benih. Kamu kenalah tunggu 9 bulan 10 hari lagi untuk melahirkan anak sebelum kamu dapat menjadi suami kembali...." Whatttt???... 9 bulan 10 hari??? .....Beranaaak???.......Waaaaaa.. tak nak,
tak nak, tak naaaaaaaaaaaaaaaaaaakkkkk...!!! ~~~~~

"Bang, bang... Abangggg... apasal niii.....??"

Sergah satu suara disisinya. Mat melompat bangun dari katilnya dan terus memegang isterinya sambil bertanya,"Nab, Nab yang jadi suami atau abang yang jadi suami???

"Laaaaa... tebiat apa pulak abang ni. Kan Nab nie pompuan. Tentulah abang yang jadi suami..... Apa punya lawak pagi-pagi buta ni....."

Hari tu Mat mengambil cuti emergency dan sehari suntuk membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah..... Hinggakan seluar kecik dan baju kecik Nab pun habis Mat kutip basuh... Nab terkedu beruk, terlopong dan jadi bisu seharian melihat gelagat suaminya.........

Moral cerita : Isteri perlu disayangi dan lindungi kerana ia adalah anugerah Tuhan yang tidak ternilai.. so suami2 di luar sane mahupun di dimana saja..hargai lah isteri anda..

Kerjaya kami

Sekarang ni kerjaya aku adalah seorang pendidik, Begitu juga lah dengan Isteri aku.


^ Aku mula mengajar di SK Sungai Kertas Gombak Selangor pada 16.10.2000. Cumer dua tahun aku mengajar di sana. Pada 1.1.2003 aku berpindah ke SK Ulu Bernam di Perak. Sangat mencabar... (naik feri zaman jepun). Setelah 4 tahun 3 bulan aku mengajar di Ulu Bernam, pada 1.4.2007 aku dipindahkan untuk mengajar di SK Sungai Samak pula... (maser minta tukar tak dapat... last2 kena ke SKSS pula sebab SKUB lebih guru, sabor je la...) sampai lah sekarang nie...

^ Sekarang aku sedang mengikuti PJJ di OUM. Ambil Bach. Edu. in Math. Kalau panjang umur & murah rezeki, blan 12 tahun 2009 tamatlah pengajian aku.


^ Isteri aku pula mula mengajar pada 18 Jun 2001. Dari mula mengajar.... sampailah sekarang nie, masih lagi mengajar di SK Teluk Buloh. Sayang sangat kat sekolah tu... Tak kesah la... yang penting, keikhlasan kita dalam mendidik anak bangsa kita sendiri...

^ Bulan nie isteri aku ader memohon Prog. Pensiswazahan Guru Sek. Rendah (PGSR) Kalau ader rezeki 28 November nie mulalah menuntut... Kalau takder rezeki, cuba lagi tahun depan...

LAMAN WEB SK. TELUK BULOH
* kini boleh dilawati

Balqis & Story Telling

Balqis nie berusia 5 tahun. Kini menuntut di Tadika kemas Teluk Buluh.
* Anakku telah dipilih oleh guru tadikanya untuk menyertai Hari Potensi Tabika Kemas. Anakku menyertai pertandingan story Telling. Aku dan Isteriku telah memilih tajuk Cerita A Dog And His Reflection.
* Setelah hampir 2 bulan berlatih akhirnya anak aku berjaya menghafal cerita tersebut. Siang malam buat latihan... *jurulatihnya Bonda tersayang la, dibantu Ayahda tercinta...
* Pada 10 Jun 2008 bermulalah pertandingan story telling peringkat parlimen Bagan Datoh. Alhamdulillah, dapat no. 1. Seterusnya anak aku mewakili parlimen Bagan Datoh ke pertandingan Peringkat Daerah. Alhamdulillah, menang lagi anak aku... Rezeki dia la tu...
* Pertandingan Peringkat Negeri dijalankan pada 5 & 6 Julai 2008 di Universiti Teknologi Petronas. Balqis mewakili daerah Hilir perak.
* Semasa pertandingan peringkat negeri, entah kenapa anakku takut untuk naik ke pantas. Puas cikgunya dan wife aku memujuk... Sambil menangis anakku tak mahu naik ke pentas... Akhirnya tak berjaya juga. Hampa betul perasaan aku dan wife aku... Anak aku cume dapat hadiah saguhati sajer.(sebab takut naik pentas)
* Walau apapun aku bersyukur, anak ku berjaya ke peringkat Negeri. Segala yang berlaku nie ader hikmahnya....
* Itulah kisah anak aku semasa menyertai pertandingan Story telling.

Sejarah ringkas Fadzlinda family

Nama aku Muhammad Fadzli dan isteri aku Norazlinda. Kami telah berkenalan semasa menuntut di Maktab Perguruan tuanku Bainun (sekarang IPTB). "Junior aku tur..."Panjang juga kisah zaman percintaan dulu... Tak yah cerita la... Macam-macam kesah ader. Korang pun mungkin ader pengalaman sendiri...
* Setelah lebih kurang 3 tahun berkasih-kasihan, lastly Pada 25 Mei 2002 kami telah diijabkabulkan di hadapan Tok kadi. Alhamdulillah, dengan sekali lafaz Puan Norazlinda telah menjadi tanggungjawab aku...
* Pada 5 Julai 2003 aku dikurniakan seorang puteri dan diberi nama Norairina Balqis.
* kemudian pada 28 November aku dikurniakan lagi seorang puteri dan diberi nama Norain Insyirah.
* Tahun nie aku menyambut ulangtahun perkawinan aku yang ke 6. Kira-kira tahap pra sekolah la usia perkahwinan kami.
* Doakanlah keluarga kami kekal bahgia hingga ke anak cucu. Insya-Allah

My Family Picture

Happy Birthday


Bulan Julai merupakan bulan menyambut Hari lahir bagi 2 orang ahli keluarga aku, 5 Julai (5 tahun) merupakan hari lahir puteri sulung kami, Norairina balqis dan 23 Julai (29 tahun) merupakan Hari Lahir bagi diri aku sendiri... Doakan semoga kami dipanjangkan umur & dimurahkan rezeki. Insya-Allah. Amin

ADAM FAHMI

ADAM FAHMI