Pages

Feb 7, 2009

Sayangi keluarga anda

Salam...

Arahan pemasangan tali pinggang keledar untuk penumpang belakang telah berkuatkuasa mulai Januari 2009. Jadi sebagai rakyat Malaysia yang mematuhi undang-undang (nak elak dari kena saman...) aku telah memasang talipinggang belakang untuk kereta kancil kesayanganku... Kereta kancil buatan Malaysia nie dikeluarkan pada tahun 1999, tak der tali pinggang belakang. Jadi Produa menawarkan pemasangan percuma tali pinggang keledar pada kereta-kereta yang seangkatan dengan aku...

Pertama kena buat appoiment dengan produa dulu la... Semak punyer semak rupanya kat teluk intan tak ada buat pemasangan, yang ada cuma kat ipoh, (Produa Jalan Lahat dengan Jalan Kuala Kangsar) Dengan penuh keyakinan aku pun menelefon produa tu... Fuh... tarikh yang diberi pada aku adalah 28 Februari 2009. Alamak... masa buat appoiment tu hujung bulan 11, Lama betul nak tunggu turn... Tak pe la... yang penting keselamatan penumpang kancil aku... terutama anak-anak aku la...

Awal bulan doblas tu, masa balik dari puchong (rumah aton adik aku) aku singgah di produa sg. besar... (sajer nak tanyak pasal tali pinggang). Mula-mula tanya kerani tu kata hujung bulan jan, aku dengan muka tak malu saja minta kalo2 boleh dapat awal lagi... Emm tak sangka pulak kerani tu kata tak per la... kalo nak 31 Disember, dengan tanpa membuang masa aku pun setuju la... dapat pasang awal... memang rezeki aku la...

Disamping tu... la nie aku peratikan banyak kereta-kereta produa terutamanya sang kancil yang tak der tali pinggang belakang membuat pemasangan di kedai-kedai accescories... ish... kenapa la nak membazir, yang percuma ada nak juga menambah pendapatan tokey yang semestinya cha, ya, nun, alip, tu... bukannya murah bang... RM 160 3 set tali pinggang... aku tengok kualitinya jauh beza dengan yang produa bagi tu...

Tak kesah la... duit engkorang... yang penting aku dapat F.O.C. free of charge. Banyak benda lain boleh buat dengan RM 160 tu...

0 comments:

ADAM FAHMI

ADAM FAHMI