Pages

Jan 15, 2010

Kak Long @ Year 1

Permulaan 2010...

Setelah mendapat Ijazah kelas pertama di Tabika Kemas Surau Teluk Buloh, maka bermulalah zaman persekolahan kak long. Alam persekolahan yang agak berbeza dengan zaman tabika. Dari seorang cikgu... kini menjadi berorang-orang cikgunya.

Alam persekolahan zaman "dunia dah maju " nie tak samer macam dulu... memacam benda nak kena blajar. Maklumler... IT. Maser kat tabika kak long blajar yang mudah-mudah jer... tapi la nie kat sekolah dah macam-macam subjek kena blajar... maser blajar pun dah bertambah.

Rutin harian kak long pun dah berubah... mai kita tengok skit aper kak long buat seharian...

6.00 pg : bangun... mandi
6.45 pg : gerak ke sekolah... (skali ngan mama, ayah, angah & adam)
7.30 pg : Sekolah
1.00 tgh : Balik sekolah (isnin & selasa kul 2.00 baru abih)
* balik rumah kul 2.00 baru sampai, kekadang kul 2.30 baru sampai
3.00 ptg : Pi sekolah agama petang pulak
6.00 ptg : Balik rumah... rehat jap
6.30 ptg : Mandi ... makan, solat maghrib
8.00 mlm : Ngaji (kat ustazah jqaf sebelah rumah. Alhamdulillah kak long dah start Quran)
8.30 mlm : Buat keje sekolah (kalau ada), kemas buku
9.30 mlm : Tido... kekadang kul 10 baru tido.

Maser minggu pertama sekolah, kak long mengeluh jua... penat katanya. Kesian juga. Tapi sementara nak biasa, Insya-Allah dah lamer nanti okey la..

Apapun ayah ngan mama doakan kak Long dibukakan pintu hati agar mudah menerima pelajaran, dan dapat menempuh alam persekolahan dengan penuh ceria. Insya-Allah.

0 comments:

ADAM FAHMI

ADAM FAHMI