Pages

Feb 3, 2010

Adam @ Hospital # 3

Khamis

Pagi nie ayah temankan mama jaga adam sampai tengahhari. Menurut doktor adam dah semakin okey. Alhamdulillah. Insya-Allah petang jumaat dah boleh kuar. Sekarang nie doktor bagitau doktor suspek adam kena jangkitan kat pundi kencing. So. andaian awal yang mengatakan jangkitan kat otak tu tak betul ler... (alhamdulillah tak setuju bagi doc ambil air tulang belakang ari tu...)

Menurut doc. adam kena makan antibiotik lepas kuar hosp. nanti. Lepas tu akan ada temujanji untuk buat test darah & air kencing, kemudian test pendengaran kat ipoh pulak.

Petang ayah datang ngan kak long n kak ngah. Adam pun dah okey. Cuma time malam jer kena dukung... tak letak bawah langsung. dah betul-betul lena baruler boleh letak atas katil.

Jumaat :

Hari nie Adam dah boleh keluar. sepatutnya check out lepas masuk antibiotik pukul 4 ptg. Tunggu nurse siapkan borang-borang yang memacam tu... siapkan surat-temujanji dan ntah aper-aper lagi... nak tau kul berapa baru kuar... kul 6.30 petang. Cam tu ler... nak kata banyak sangat surat2 nyer tak juga.. tapi tak tau ler.. sebuk bebenor nurse-nurse kat spital tu.

Sementara nak tunggu dapat keluar hosp. ayah pegi ambil ubat untuk adam kat farmasi hospital. Dapat 2 jenis ubat , antibiotik dan zat besi untuk tambah darah. Yang heran bin ajaibnya... ubat yang dibekalkan tu untuk 2 minggu, sebab lepas 2 minggu ada appointment untuk ambil ubat lagi.. tapi kandungan ubat yang dibekalkan tu memang tak cukup. paling lamer pun setakat seminggu mesti abih dah ubat tu... cam ner ker doc yang bagi slip ambil ubat tu... bagi sikit, suruh makan untuk 2 minggu...

Satu lagi... maser ambil ubat tu, pegawai farmasi bagitau ubat tu makan sekali sehari, then ayah tanya ler... ubat tu nak makan maser bile... best tul jawapannyer... makan sekali sehari, bila-bila maser pun boleh. Ish... takkan ikut suka hati kita jer nak bagi bila... kalo cam tu aku pun boleh bagi ubat kat orang sakit, bagi jer ubat demam, makan bebila pun boleh. memacam ragam ler...

Lastly ul 6.45 dapat keluar... semua urusan selesai. Alhamdulillah.

Terima kasih pada kengkawan yang datang melawat adam kat wad 3c tu, terima kasih juga pada semua kengkawan yang bagi semangat dan dorongan pada mama yang selalu nangis kat wad tu. Mama memang cam tu... sensitif orangnya.

1 comments:

Anonymous said...

alhamdullillah semuanya dah ok

ADAM FAHMI

ADAM FAHMI