Pages

Jan 5, 2009

First Day to School 4 Norain Insyirah


Hari nie hari pertama kak ngah (Ain) bersekolah...
Pagi-pagi masa mula-mula nak bangun susah gak.... macam tak nak bangun jer... pujuk sikit2 baru mahu bangun... nak suruh mandi pulak satu hal... macam tak nak mandi jer... pastu mama pujuk barula mau mandi... tunjuk baju sekolah baru baru, terus senyum jer.... Kak Long pula takder masalah... dah biasa... takder hal la...

Balik dari sekolah tadi buat soaL selidik skit... Alhamdulillah, seronok katanya... Harap-harap anak-anak ayah & mama belajarlah bersungguh-sungguh... Insya-Allah semuanya berjaya...

Jan 2, 2009

Dugaan Tahun Baru

Assalamualaikum...

Tahun baru nie merupakan dugaan besar buat kami sekeluarga. Ketika kami pulang dari bercuti di Ipoh bersama keluarga kami dapati rumah tempat kami berlindung siang & malam telah diceroboh oleh insan yang tak mengenal erti dosa...
Seluruh rumah kami digeledah... dari depan sampai belakang rumah kami seperti ditimpa tsunami.

Sesungguhnya kami perlu menerima semua ini dengan redha... Ini salah datu dugaan yang perlu kami sekeluarga terima. Sememangnya amat pilu apabila mengenangkan barang-barang berharga yang hilang.

Antara yang hilang adalah dua buah Laptop, Handycamp, Radio Hifi, DVD Player, Tabung2, Sedikit barang kemas, dan dua buah beg pakaian... tentu pencuri tu guna untuk bawa barang-barang kami yang telah dirampas tu...
(Speker Hi-fi Sony... sebelah je tinggal... itu pun dah pecah cover... si penyangak punyer keje...)

Semua ini adalah dugaan Ilahi... Qada & Qadar yang ditentukan perlu diterima dengan redha... Insya-Allah semua ini ada hikmahnya.

Kepada ahli keluarga & rakan-rakan, terima kasih atas dorongan dan semangat yang telah diberikan, Sedikit-sebayak terubat rasa kecewa dalam hati kami sekeluarga...
1. 2. 3. 4.

1. Almari hiasan (Jam tangan seiko5 yeop kena rembat, koleksi duit lama & tabung)
2. Rak Tv (kad Astro pun kena kebas) * dah dapat kad baru...
3. Ruang Tamu (semua jenis kotak kena koyak... nak cari ape tah...)
4. Tombol pintu kena cabut ... (Semua pintu bilik kena tukar kunci pintu...)

kekejaman yang telah dilakukan ke atas rumah kami... Subhanallah

ADAM FAHMI

ADAM FAHMI