Pages

May 26, 2009

Happy 7th Anniversaries


Selamat menyambut Ulang tahun perkahwinan yang ke-7 buat mama dan ayah. Semoga ikatan kekeluargaan kita akan semakin kuat dan bahagia.

Ya- Allah... berikanlah kebahagian kepada keluarga kami. Lindungilah keluarga kami dari kejahatan. Berikanlah kekuatan kepada kami dalam menempuh hari-hari mendatang. Ya Allah, berikanlah petunjuk, taufiq dan hadayah kepada seluruh keluarga kami. Ya Allh, permudahkanlah perjalanan hidup keluarga kami, murahkanlah rezeki kami, berikanlah kebahagiaan kepada keluarga kami dunia dan akhirat. Amin

Kak Long di tempat ke-4


Pemilihan Anugerah Kanak-kanak Cemerlang Kemas Negeri Perak tahun 2009 telah dijalankan di Jabatan KEMAS Negeri Perak di Bangunan Persekutuan Ipoh. Balqis telah dipilih bersama 24 pelajar lain yang mewakili daerah masing-masing. Antara penilaian yang dijalankan adalah menyediakan satu hasil kerja Lipatan kertas (Oregami), Ujian matematik, Ujian bacaan Bahasa melayu dan bahasa Inggeris dan ujian kerohanian. Dalam pemilihan ini Balqis mendapat tempat ke- empat. Hanya Johan yang akan dipilih untuk mewakili negeri perak bagi pencalonan Kanak-kanak cemerlang peringkat kebangsaan. Tahniah kepada pemenang yang terpilih mewakili Perak. Terus Usaha.

Nie Hadiah yang Kak Long terima dalam pertandingan tu.

May 21, 2009

Tahniah Kak Long

Alhamdulillah... Syukur Ke Hadrat Ilahi

Semalam Kak Long telah terpilih sebagai pelajar contoh bagi daerah hilir perak. Mengalir air mata mama apabila Cikgu Rohani memaklumkan tentang keputusan tersebut... Air mata gembira tu...
Terima kasih Cikgu Rohani kerana banyak membantu Kak Long (balqis)

Insya-Allah, kak Long akan dicalonkan sebagai salah seorang pelajar contoh peringkat negeri Perak. Ayah dan mama doakan Kak Long terus menempa kejayaan dalam pencalonan tersebut.

Ayah Dan Mama memanjatkan kesyukuran ke Hadrat Ilahi atas anugerah yang deberikan kepada Kak Long. Alhamdulillah...

Kepada Kak Long, teruskan usaha... Insya-Allah, ayah dan mama akan bantu.


Hadiah dari Cikgu Rohani Untuk Kak Long.
Terima kasih Cikgu!

May 20, 2009

Pertandingan Kanak2 Berpotensi

Hari nie Kak Long (Balqis) telah menyertai pertandingan kanak-kanak berpotensi Tabika Kemas peringkat parlimen bagan Datoh. Dalam pertandingan ini kaklong dipanggil oleh 2 orang hakim, kemudian hakim bertanya soalan-soalan yang melibatkan bahasa melayu, ingggeris, matematik dan keagamaan. Selain tu kaklong diminta membaca artikal bahasa melayu dan bahasa inggeris.

Setelah selesai... cikgu kak long, (Cikgu Rohani) bagitau kak long tak dapat jawab beberapa soalan, antaranya doa keluar tandas dan doa bangun tido... Emm... jarang baca tu... yang lain-lain alhamdulillah... bolah jawab. Apa pun tunggu jer keputusannya ... nanti cikgu kak long akan bagitau...

Apa pun tak kisah kak long dapat nombor berapa, yang penting kak long dah cuba sedaya upaya... Ayah dan mama doakan kejayaan kak long... Insya-Allah.

May 18, 2009

PTK oh PTK




Alhamdulillah... tahun nie memang rezeki aku ngan orang rumah aku...

Untuk PTK Mac 2009 nie orang rumah aku dapat keputusan keseluruhan IV, aku juga dapat keseluruhan IV. nie memang rezeki anak2 nie...

Untuk aku, sebenarnya keputusan tu sekadar untuk rekod je la... sebab aku telah mendapat kenaikan ke DGA32, keputusan tu pula untuk peperiksaan TK1 DGA29. Bagi Wife aku pulak memang rezeki anak2 la... Insya-Allah akan dapat anjakan gaji...

Apapun... aku panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana Dia yang menentukan segalanya... Alhamdulillah


May 17, 2009

Santai bersama keluarga

Semalam (16 may 2009) pegi ambil modul di OUM Ipoh. Seperti biasa pendaftaran untuk semester baru... sem May 2009. sem nie ada 3 subjek, nampaknya sem nie kena banyak membaca pulak... sem sebelum nie perah otak sampai nak pecah rasanya nak menjawab soalan2 math, kali nie kena banyak membaca pulak... nie nak menguji keuatan ingatan nie...

Tak per lah... tinggalkan kesah OUM tu...

Lepas ambik modul aku bawa family aku... biasalah... mama, kak long dan kak ngah pegi bersantai kat air terjun Ulu Chepoor. Sajer nak menikmati kesejukan air terjun kat situ... Sebenarnya dah banyak kali juga aku ngan family aku datang sini.


Aktiviti nie sebenarnya saja nak bawa anak-anak bersantai... ambik ketenangan kat kawasan perkelahan nie... aktivitinyta apa lagi... mandi manda la... sambil menikmati makan tengahhari yang dibeli kat cafe OUM ... best juga sekali-sekal bersama keluarga cam nie... tak la terperuk kat rumah jer...



May 5, 2009

Tahniah mama

Tahniah buat mama daripada hubby, kak long dan kak ngah.

To teacher Lynda @ mama, tahniah kerana telah dikurniakan (APC) Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2008.

Sememangnya segala tugas dan tanggungjawab sebagai seorang pendidik amat berat. Orang selalu kata Kerja cikgu nie senang... balik awal, time cuti sekolah dapat cuti... Namun hakikatnya hanya cikgu yang mengerti betapa beratnya tugas cikgu nie...

Anyway... segala rezeki yang kita terima nie adalah anugerah Ilahi...Alhamdulillah, rezeki anak-anak.

Kepada mama, jadikanlah ia sebagai satu panduan untuk menjadi seorang pendidik yang lebih baik di masa akan datang... Tapi ingat... kalau mampu buat...teruskan, kalau tak mampu... jangan paksa diri...

TAHNIAH MAMA!

May 3, 2009

Renungan buat anak-anak kita

Selamat Hari Ibu Buat mama; Dari Hubby, Kak Long & Kak Ngah

Bila dahaga, yang susukan aku.....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.....Mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang .....mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma.....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku.....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan ....mak
Bila sedih, aku mesti talipon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.....mak
Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak

Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari.......pasanganku
Bila sedih, aku cari......mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak

Bila bahagia, aku peluk erat.....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.....mak

Bila sambut valentine... Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu....aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"

Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak

Selalu....aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah"...
Berderai air mata jika kita mendengarnya........

Tapi kalau mak sudah tiada...........
MAKKKKK...RINDU MAK..... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya......
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama..
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,
"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

ADAM FAHMI

ADAM FAHMI