Pages

Sep 2, 2008

Hadiah Merdeka Balqis

30 Hb Ogos ari tu Balqis telah menyertai pertandingan mewarna peringkat parlimen Bagan Datoh. Bersemangat nak mewarna, siap nak beli colour baru... Pertandingan tu dijalankan di Bangunan Umno Bagan Datoh, dan telah disertai oleh semua pelajar Tabika Kemas seluruh parlimen Bagan Datoh.

Dengan harapan yang tak berapa tinggi, Bonda Linda menunggu sambil memberi semangat kepada anakku tu...

Alhamdulillah, Balqis mendapat tempat ke 6 daripada 100 lebih peserta. Syukur... ader juga rezekinya di buan Merdeka nie...

Pada 31 Ogos pula Tabika kemas Surau Teluk Buloh mengadakan sambutan Hari kemerdekaan. Antara aktiviti yang dijalankan adalah perbarisan, nyanyian lagu kemerdekaan, pertandingan mewarna dan ceramah merdeka.

Ain pun masuk gak mewarna maser pertandingan tu. Alhamdulillah, Baqis mendapat tempat pertama... Nielah yang dikatakan hadiah merdeka Balqis...

* Ain menangis sebab tak dapat hadiah... maser balik singgah kedai beli hadiah untuk ain...

0 comments:

ADAM FAHMI

ADAM FAHMI