Pages

Jun 21, 2009

Petua membentuk anak-anak cemerlang

21 Petua Dalam Membentuk Anak-anak Cemerlang

Apa yang dituliskan di bawah ini adalah dari satu petikan hasilkerja dan usaha yang telah disusun oleh pakar motivasi yang tidak asing lagi di negara kita ini iaitu Yang Berbahagia Tuan Haji Dato Dr. Mohd Fadzilah Kamsah.


Muqaddimah

Sebenarnya tiada suatu pun formula yang ideal dalam usaha membentuk anak-anak untuk menjadi orang yang cemerlang kerana setiap anak itu memiliki keistimewaannya yg tersendiri yang telah dianugerahkan oleh Allah s.w.t.


Merujuk kepada satu hadith sahih dari Rasulullah s.a.w, mathumnya :


Ada 4 tahap dalam mendidik anak-anak iaitu :


Dari bayi hingga ke usianya 7 tahun


Pada masa ini, anak hendaklah disayangi dengan sepenuh hati oleh ibubapa dibelai dengan penuh kasih sayang, diajak bermain, bergurau dan seumpamanya dijaga seperti menatang minyak yang penuh. Natijahnya agar anak sentiasa sedar dan fakir bahawa ibu bapa adalah rujukan terbaik bagi mereka dalam semua hal yang mereka hadapi.


Dari usia 8 hingga 14 tahun


Dalam pada anak diasuh dengan penuh kasih sayang, anak mesti dididik dengan penuh disiplin dan diajarkan tentang pengagihan tanggungjawab tak kira di rumah atau pun di sekolah.


Dari usia 15 hingga 21 tahun


Ketika ini anak hendaklah didekati secara berkawan. Ibu bapa tidak lagi boleh arah-marah yang melampau pada anak kerana jiwa remaja mereka akan memberontak.Jangan sesekali mengherdik apalagi memukul anak-anak tersebut.


Dari usia 21 ke atas


Berikan kebebasan kepada anak dalam membuat keputusan sendiri atas apa yang ingin mereka kerjakan. Dalam pada itu, ibu bapa mesti sentiasa pantau, pesan, doa dan nasihat anak tersebut semoga hala tuju mereka betul.


Hasil dari rujukan kepada Al-Quran, As-Sunnah dan kajian-kajian yang telah dilakukan oleh pakar-pakar dalam bidang ini, di bawah disenaraikan 21 kaedah terbaik dalam membentuk anak-anak kita menjadi orang yang cemerlang.


1.
Mendidik anak dengan pesanan dan arahan setiap hari bersesuaian dengan tindak tanduk dan amalan yang ibu bapa inginkan. Jangan sesekali bosan dalam memberi pesanan kepada anak-anak. Menurut satu kajian, standard memberi pesanan dan arahan pada anak-anak pada setiap hari adalah sebanyak 200 kali. Barulah anak tersebut akan dapat dibentuk rutin kehidupannya mengikut apa yang ibu bapa mahu.


2.
Banyakkan bercerita dengan anak-anak atas apa jua perkara yang baik-baik. Boleh mengambil iktibar dari Quran, kisah para rasul dan para sahabat. Malah ibu bapa pun boleh mereka cerita mereka sendiri. Yang pentingnya, ianya mestilah punya natijah yang boleh diteladani dan jangan sesekali bercerita tentang hal yang melalaikan.

3.
Selalu bersoal jawab dengan anak-anak secara istiqamah (berterusan). Bertanya kepada anak tentang hal yang telah dilaluinya sepanjang hari dan apa pula yang telah dilakukannya. Dan bila anak bertanya pula, ambil kira setiap soalan yang diajukan dan sentiasa berusaha menjawab semua soalan tersebut secara hikmah.

4.
Mendidik anak dengan merujuk kepada pengalaman yang telah lalu yang pernah dirasai oleh ibu bapa. Juga boleh mengambil iktibar dari pengalaman orang lain baik yang negatif mahupun positif. Ini akan lebih mudah menjelaskan mesej yang hendak disampaikan kepada anak-anak.

5.
Mengasuh anak-anak melalui nasihat dan teguran . Nasihat dan teguran berlainan sedikit dengan pesanan dan arahan yang perlu dilakukan setiap hari. Nasihat dan teguran dibuat sesekali sahaja supaya anak tidak cepat bosan. Mungkin dalam seminggu sekali atau dua kali sahaja. Nasihat dan teguran adalah lebih menjurus kepada pembentukan: aqidah anak-anak tersebut ibadah dan amalan hariannya akhlaknya kerjasama di dalam dan di luar rumah tanggungjawab yang perlu ada dalam dirinya kesihatannya sangka baik dalam diri suci hatinya pada Maha Pencipta dan makhluk disekelilingnya

6.
Banyakkan bermain dan bergurau dengan anak-anak dan sentiasa selitkan unsur-unsur nasihat yg bermanfaat di dalamnya.

7.
Banyakkan memberikan latihan dan tugasan kepada anak-anak termasuklah dalam kerja-kerja di rumah. Tugasan diberikan mengikut usia, tahap kemampuannya dan bersesuaian dengan jantina anak itu. Kerja tersebut juga hendaklah diberikan mengikut waktu yang sesuai dan kena pada tempatnya. Sentiasa pantau kerja yang dilakukannya dan segera perbetulkan mana-mana kesalahan atau tabiat yang tak elok. Jangan kutuk anak kalau mereka buat salah dalam tugasannya dan jika memuji anak biar berpada-pada.

8.
Amalan dan tindak tanduk ibu bapa menjadi contoh kepada anak-anak. Ibu pada yang sederhana memberitahu anak-anak apa yang mereka perlu lakukan. Ibu bapa yang baik memberikan penjelasan tentang apa yang dia minta anak dia buat.Ibu bapa yang cemerlang memberikan contoh tentang sesuatu perkara yang diberitahu dan dijelaskan kepada anaknya. Manakala ibu bapa yang mithali, sentiasa menggerakkan anak-anaknya untuk menjadi manusia cemerlang.

9.
Sentiasa memberikan galakan dan amaran pada anak-anak iaitu dorongan ke arah yang positif dan berikan hukuman bila anak buat kesalahan dengan hikmah. Menurut kajian pakar-pakar psikologi, galakan diberikan 80% dan 20% lagi untuk amaran. Galakan yang banyak akan jadikan anak-anak lebih ceria dan anak-anak yang ceria lebih menjurus ke arah individu yang cemerlang.

10.
Lakukan suruhan dan gesaan pada anak-anak dengan tidak perlu berulang-ulang kali memberikan peringatan. Gesaan dilakukan pada anak dengan sekali arahan sahaja. Ibu bapa perlu ada tindak susul pada anak atas apa yang diminta lakukan. Jika ibu bapa perlu beritahu anak banyak kali dalam sesuatu hal pada sesuatu masa, ia ditakuti akan boleh menjadikan anak seorang yang degil

11.
Ambil berat kebajikan anak-anak. Ibu bapa perlu tunaikan hak-hak anak yang sewajarnya. Ibu bapa mesti menyediakan keperluan yang munasabah untuk anak-anak yang mana anak tersebut layak terima dan sesuai dengan kemampuan ibu bapa tersebut.

12.
Ibu bapa gunakan firasat dan gelombang minda dalam mendekati anak-anak. Tak perlu tunggu anak menceritakannya pada ibu bapa bila berdepan dengan sesuatu masalah. Praktikalnya amat penting terutama bagi ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang sensitif yang mudah tersentuh hatinya. Allah berikan kehebatan ini pada ibu terutamanya dalam menyelami hati budi seseorang anak. Gunakan juga kaedah ini untuk menasihati anak-anak pada sepanjang masa.

13.
Menjana keyakinan dan kekentalan diri anak. Ulama dan ahli psikologi menyarankan bahawa antara perkara yang boleh dilakukan dan dilatih pada anak-anak termasuklah :ajar anak-anak menyimpan rahsia latih anak-anak berpuasa bentuk kemahiran sosial anak, contohnya dalam cara berkawan yang betul luaskan ruang lingkup pembacaannya supaya pengetahuan amnya hebat dengar pendapat anak ajarkan anak cara membuat keputusan yang baik dalam sesuatu hal memberikan pujian pada anak-anak berpada-pada ajar mereka cara berniaga

14.
Kenalpasti kecenderungan dan minat anak-anak. Selain dari memerhatikan sendiri anak- anak tersebut, boleh juga bertanya kepada guru atau rakan tentang hobi anak-anak, mungkin ada yang ibu bapa terlepas pandang. Pupuk minat mereka supaya mereka selalu gembira kerana anak yang ceria mudah jadi orang yang cemerlang.

15.
Pilih waktu yang sesuai dalam menasihati anak-anak . Waktunya termasuklah ketika : masa rehat dan bersantai dengan anak-anak beriadah atau berikreasi dengan anak-anak di dalam perjalanan anak hendak tidur, sedang tidur atau ketika baru bangun dari tidur. selepas waktu mandi selepas solat bersama anak-anak selepas anak-anak membaca Al-Quran ibu bapa membaca Al-Quran, ditiupkan pada kepala anak dan dinasihatkannya

16.
Ibu bapa hendaklah bertahap-tahap dalam mendidik anak-anak mengikut tahap intelektual dan usia anak-anak berkenaan. Didikan pada anak juga hendaklah singkat, padat, bermanfaat dan tidak membosankan.

17.
Pastikan anak-anak mematuhi perintah Allah dan meneladani sunnah yang dibawa dan diajarkan oleh junjungan besar Rasulullah s.a.w. Ibu bapa sentiasa memperbaiki amal ibadah dalam keluarga selaras dengan tuntutan agama.

18.
Isi waktu lapang anak-anak dengan perkara-perkara dan kegiatan-kegiatan yang berfaedah . Jauhkan sama sekali dari melakukan hal-hal yang melalaikan.

19.
Beri ruang kepada anak-anak untuk berdialog dengan ibu bapa secara terbuka tetapi dalam keadaan dan situasi yang penuh hikmah.

20.
Rangsang kecerdasan minda anak-anak dengan pemakanan yang seimbang. Pastikan : adanya diet yang betul dan vitamin tambahan yang bersesuaian. makanan adalah halal , bersih dan tiada unsur-unsur subahat. banyak beriadah/bersenam untuk menjaga tahap kecergasan badan ajar teknik belajar dan berfikir yang betul

21.
Doakan mereka berterusan secara positif sampai bila-bila dari mereka kecil hingga ke akhir hayatnya. Ibu bapa perlu sentiasa ingat bahawa apa yang ibu bapa fikirkan dan cakapkan pada anak-anak adalah doa yang sangat mustajab.

Percayalah bahawa ??


Anak- anak kita memang cemerlang
!!!

0 comments:

ADAM FAHMI

ADAM FAHMI