Pages

Oct 31, 2009

pingat gangsa...

Minggu nie kerajaan 1 Malaysia bayo gaji aku untuk berendam dalam kolam renang jer.

Aku dan beberapa peserta lain telah menyertai kursus menyelamat di air pegawai KRS negeri Perak. Dalam erti lata lain Kursus untuk dapatkan Bronze Medal.

Bronze Medal nie adalah kursus yang dijalankan untuk menguji keupayaan menyelamat mangsa lemas di air. Minggu nie aku dan geng-geng yang menyertai kursus nie berendam dari pagi sampai tengah hari... pastu petang sambung balik... kira pagi petang ler berendam. Memacam stail kena belajar. Yang bestnyer instruktor kursus nie adalah cikgu aku maser sekolah teknik dulu.... tahun 95 ngan 96 (Cikgu Anuar @ Master). Dah lamer dah cikgu aku tu... la nie jumpa balik.

Ari nie (Sabtu) kami semua diuji oleh pegawai dari persatuan menyelamat Malaysia. Alhamdulillah... semua yang ambik kursus nie lulus. Cuma tahap kelulusan tu ada tahap intermediate ngan tahap bronze medal.

Aku ngan 5 geng try ambil international punyer test... Alhamdulillah... dapat juga lulus semua. Aku kira bernasib baik gak... susah gak... kena berenang 300 m dalam maser 9 minit ngan menyelam sejauh lebih kurang 18 meter sambil ambil bata di pertengahan menyelam tu.

Aper pun... best gak dapat ilmu menyelamat nie... boleh guna untuk keselamatan diri sendiri dan bantu orang lain. Insya-Allah kalau mampu.

1 comments:

cik jijah said...

li.. ko kan memang juara bab menyelam ni kan.. ingat lagi aku masa family day dkt lumut.. ko yg menang acara tu kan? hehehhe..

ADAM FAHMI

ADAM FAHMI