Pages

Nov 16, 2009

KEMAS @ Zoo Taiping


7 November... aku bersama ngan wife bawa Kak long N Kak Ngah pegi zoo taiping...

Sebenarnya lawatan tu dirancang oleh KEMAS tempat anak2 aku belajar. Tabika KEMAS surau Teluk Buloh. Lawatan tu dibuat sebagai salah satu aktiviti tahunan tabika Kemas. Perjalanan ke sana sebenarnya telah diatur oleh guru Tabika dengan menaiki bas. Tapi kerana mama dah sarat nak bersalin, untuk mengelakkan risiko bersalin dalam bas... jadi aku bawa ler naik kereta.

Sebenarnya takut juga nak pegi.... kot la mama nak bersalin pulak... jauh juga perjalanan nak ke sana. Apapun alhamdulillah... semua okey. Sampai sana... semua family ngan murid-murid round zoo naik train yang disediakan. Tak ler penat budak2 tu nak berjalan.


Habis round zoo taiping kami semua pegi rest kat taman tasik taiping. Kat sana cikgu & makbapak buat sukaneka untuk anak2, mak2 dan bapak2. Lepas tu penyapaian hadiah dan makan. Semua penat lepas habis aktiviti.

Kami bertolak pulang lebih kurang jam 2.30 petang.

* Teringat maser pegi zoo taiping ngan geng-geng Ubern. kalau tak silap tahun 2004

0 comments:

ADAM FAHMI

ADAM FAHMI