Pages

Jan 24, 2010

Adam @ Hospital # 1

Jumaat ...

Petang tu demam adam masih belum pulih... ari nie dah lima hari adam demam... makan ubat baik sekejap... pas tu demam balik...

Kul 5.00 kami bawa adam pegi klinik skali lagi... (kali ke-3). Maser jumpa doktor... doc cadangkan bawa pg hospital.. sebab demam nya tinggi dan dah lama... kul 5.30 kami pegi hospital teluk intan.

Sampai hospital, doktor check... kena masuk wad. Suhu 40 dg.

Lepas masuk wad... doktor check semua... doktor kata kemungkinan ada jangkitan kuman... jadi untuk mengetahui jenis kuman yang ada dalam badan adam... doc nak 'ambik air tulang belakang", pastu baru boleh tau jenis antibiotik apa yang sesuai...

Bincang dengan family... last-last kami tak setuju... doc dok paksa juga buat tu... (tak paham ker doc tu? anak aku tu baru 2 bulan... kang ada efec lain mana nak tahu... kalo budak dah basar boleh ler bagitau sakit kat maner ke aper ker????

Last-last kami tak setuju juga. So rupanya ada alternatif lain.. (naper doc tu tak bagitau awal-awal???) adam kena bagi antibiotik melalui suntikan, setiap 6 jam. Lepas tu tengok perkembangan camner... kalau okey, teruskan dengan antibiotik tu, kalo tak okey, tukar jenis lain pulak,...

Malam tu doktor ambik darah untuk ujian, tangan kena cucuk tiub untuk masukkan air dan antibiotik, sampel air kencing pun kena ambik. Lembik jer adam malam tu... nangis sampai kul 2 pagi... baru boleh tido... tu pun tak lena

Sabtu...

Ari nie nampak ada perubahan skit kat adam. Demam pun dah kurang sikit, tapi masih lemah lagi.... Doktor masih mahu ambik sampel air tulang belakang. (Tak paham bahasa betul la...) Keputusan ujian darah dan air kencing pun dah keluar... Doktor kata ada jangkitan. So doc bagi antibiotik lain yang lebih power untuk bunuh semua kuman yang ada dalam badan Adam. Malam nie adam tak dapat tido juga... kul 2 pagi baru tido... perut pulak kembung. lagipun biasa kat rumah ada buaian... Sabarlah anakku...

Ahad...

Syukur Alhamdulillah, hari nie adam semakin pulih. Demam pun dah kurang, hari nie langsung tak der demam. Lepas pemeriksaan doktor, doc kata kena tunggu seminggu untuk ambik bagi antibiotik tu. Kesian adam, masa masuk ubat antibiotik tu mesti dia nangis. Nurse pun ada bagitau, sakit sikit. tapi tak tau la sakit adam macammaner...

Petang nie nak masuk antibiotik dah tak boleh pulak... kena tukar tiub kat tangan sebelah lagi pulak, ari nie tukar ketangan kanan pulak. Nangis lagi... lepas mask ubat, nangis lagi.

Tak tau ler... mamanya aper lagi, hujan air mata ler... maser nak masuk ubat, mama mesti lari... tak leh tengok... sama ada ayah atau opah yang temankan adam.

Mama nangis sebab adam nak kena tunggu lagi seminggu kat spital tu...

masuk hari nie dah tiga hari adam kat hospital, tangan kiri kanan dah kena masuk tiub, mungkin dua hari lagi kalau tangan dah tak boleh masuk ubat, tukar kat kaki pulak.

Ya Allah, selamatkanlah anak ku, mudahkanlah urusan rawatan anak kami. Berilah kekuatan kepada kami untuk menerima dugaan ini. Amin

3 comments:

nuar said...

berbanyak2 le brsabar wahai sahabatku. Marilah kita bersama2 berdoa utk kesejahteraannya.

emmii the strange said...

hmmm...kesiannya. orang tumpang sedih dengar berita ni. semoga adam cepat sihat. boleh main dengan dia lagik!

cik jijah said...

aku berdoa dari jauh li... kirim salam semua.. insya allah.. semoga adam cepat sembuh dan kembali ceria..

ADAM FAHMI

ADAM FAHMI