Pages

Aug 2, 2008

Balqis & Story Telling

Balqis nie berusia 5 tahun. Kini menuntut di Tadika kemas Teluk Buluh.
* Anakku telah dipilih oleh guru tadikanya untuk menyertai Hari Potensi Tabika Kemas. Anakku menyertai pertandingan story Telling. Aku dan Isteriku telah memilih tajuk Cerita A Dog And His Reflection.
* Setelah hampir 2 bulan berlatih akhirnya anak aku berjaya menghafal cerita tersebut. Siang malam buat latihan... *jurulatihnya Bonda tersayang la, dibantu Ayahda tercinta...
* Pada 10 Jun 2008 bermulalah pertandingan story telling peringkat parlimen Bagan Datoh. Alhamdulillah, dapat no. 1. Seterusnya anak aku mewakili parlimen Bagan Datoh ke pertandingan Peringkat Daerah. Alhamdulillah, menang lagi anak aku... Rezeki dia la tu...
* Pertandingan Peringkat Negeri dijalankan pada 5 & 6 Julai 2008 di Universiti Teknologi Petronas. Balqis mewakili daerah Hilir perak.
* Semasa pertandingan peringkat negeri, entah kenapa anakku takut untuk naik ke pantas. Puas cikgunya dan wife aku memujuk... Sambil menangis anakku tak mahu naik ke pentas... Akhirnya tak berjaya juga. Hampa betul perasaan aku dan wife aku... Anak aku cume dapat hadiah saguhati sajer.(sebab takut naik pentas)
* Walau apapun aku bersyukur, anak ku berjaya ke peringkat Negeri. Segala yang berlaku nie ader hikmahnya....
* Itulah kisah anak aku semasa menyertai pertandingan Story telling.

0 comments:

ADAM FAHMI

ADAM FAHMI