Pages

Feb 18, 2009

Minggu yang padat...

Aduh... nampaknya minggu nie penuh dengan aktiviti... memang kerahan tenaga betul la...

Isnin - pg sekolah, ptg mesyuarat staff sekolah
Selasa - pg sekolah, petang MSS Hilir Perak kelompok 5
Rabu - pg sekolah, petang kokurikulum lak...
Khamis - pg sekolah, petang LADAP
Jumaat - pg sekolah, petang Hoki daerah
Sabtu - Pagi sampai petag ada kelas kat OUM plak...
Ahad - Nie baru nak bertenang.....

Nie la cabaran jadi cikgu ... pagi petang kerjanya... tak sudah-sudah... tu belum kerja kat sekolah lagi....
Sabar je la....

Feb 11, 2009

Geng dan Upin & Ipin


Hari ini bermulalah tayangan filem animasi 3D pertama Malaysia terbitan Syarikat Les Copaque.

Untuk pengetahuan semua, anak-anak aku sememangnya sangat meminati karektor upin & ipin nie... setiap kali tayangan kat TV9, mesti tak tingalnya... kekadanga jer tak dapat tengok... La nie upin & ipin disiarkan jam 7.00pm setiap hari Isnin, selasa & rabu. Ulangan pula pada hari jumaat, sabtu dan ahad.

Koleksi animasi upin & ipin yang sebelum nie semua aku ada beli... untuk anak2 aku la... tapi aku pun layan sama... Kalo ada kesempatan aku mungkin nak bawa anak2 aku ngan bondanya sekali pi tengok filem nie... mesti adventure la...

So... kengkawan... bawalah kaum kerabat menonton filem nie...

Boleh... boleh... bolehhh......

Feb 8, 2009

Santai hari minggu


Pagi nie aku bawa family aku bersantai kat tepi sungai perak... kat situ ada taman permainan dan tempat untuk bersantai... kami sarapan kat situ... anak-anak pula apa lagi... main taman la...

Sesekali keluar dan bersantai cam nie boleh gak release segala tekanan & bebanan kerja yang banyak kat sekolah tu... tak pernah habis.. lagupun anak2 pun seronok...

Lama juga kami sekeluarga bersantai kat situ... ada juga insan-insan yang minat memancing setia dengan pancing mereka kat tepi sungai tu..

Feb 7, 2009

New MPV from Malaysia

Malam nie dok layan internet... sajer cari gambar-gambar K-car yang aku minat... Tetiba aku jumpa satu blog yang ada gambar MPV Malaysia...

Nie sajer la aku nak tunjuk kat member-member... manalah tau kot berminat... lagipun MPV nie biasanya lebih kepada kegunaan untuk keluarga besar... So kalo minat tempahlah sekarang... Ish macam promoter plak...

* mana tau kot org rumah berminat nak beli... kalo aku beli prototaip jer la... Aku masih sayang AFE ngan WGY aku...


Sayangi keluarga anda

Salam...

Arahan pemasangan tali pinggang keledar untuk penumpang belakang telah berkuatkuasa mulai Januari 2009. Jadi sebagai rakyat Malaysia yang mematuhi undang-undang (nak elak dari kena saman...) aku telah memasang talipinggang belakang untuk kereta kancil kesayanganku... Kereta kancil buatan Malaysia nie dikeluarkan pada tahun 1999, tak der tali pinggang belakang. Jadi Produa menawarkan pemasangan percuma tali pinggang keledar pada kereta-kereta yang seangkatan dengan aku...

Pertama kena buat appoiment dengan produa dulu la... Semak punyer semak rupanya kat teluk intan tak ada buat pemasangan, yang ada cuma kat ipoh, (Produa Jalan Lahat dengan Jalan Kuala Kangsar) Dengan penuh keyakinan aku pun menelefon produa tu... Fuh... tarikh yang diberi pada aku adalah 28 Februari 2009. Alamak... masa buat appoiment tu hujung bulan 11, Lama betul nak tunggu turn... Tak pe la... yang penting keselamatan penumpang kancil aku... terutama anak-anak aku la...

Awal bulan doblas tu, masa balik dari puchong (rumah aton adik aku) aku singgah di produa sg. besar... (sajer nak tanyak pasal tali pinggang). Mula-mula tanya kerani tu kata hujung bulan jan, aku dengan muka tak malu saja minta kalo2 boleh dapat awal lagi... Emm tak sangka pulak kerani tu kata tak per la... kalo nak 31 Disember, dengan tanpa membuang masa aku pun setuju la... dapat pasang awal... memang rezeki aku la...

Disamping tu... la nie aku peratikan banyak kereta-kereta produa terutamanya sang kancil yang tak der tali pinggang belakang membuat pemasangan di kedai-kedai accescories... ish... kenapa la nak membazir, yang percuma ada nak juga menambah pendapatan tokey yang semestinya cha, ya, nun, alip, tu... bukannya murah bang... RM 160 3 set tali pinggang... aku tengok kualitinya jauh beza dengan yang produa bagi tu...

Tak kesah la... duit engkorang... yang penting aku dapat F.O.C. free of charge. Banyak benda lain boleh buat dengan RM 160 tu...

Feb 6, 2009

New design... welcome

Assalamualaikum semua...

Siap gak new design untuk blog keluarga kami nie... Ada beberapa tambahan lain yang belum masuk lagi... Ape pun selamat melayari blog kami yang tak seberapa canggih nie...

Feb 4, 2009

Under construction

Blog nie sedang dalam proses perubahan... jadi tunggu kemunculannya.... Sebarang kesulitan harap dimaafi...

ADAM FAHMI

ADAM FAHMI