Pages

Dec 18, 2009

Six or Seven

Teacher: If I gave you 2 rabbits, and another 2 rabbits and another 2, how many will you have?
Johnny: Seven Sir
Teacher: No, listen carefully. If I gave you 2 rabbits, and another 2 rabbits and another 2, how many will you have?
Johnny: Seven
Teacher: Let me put it to you differently. If I gave you 2 apples, and another 2 apples and another 2, how many will you have?
Johnny: Six.
Teacher: Good. Now if I gave you 2 rabbits, and another 2 rabbits and another 2, how many will you have?
Johnny: Seven!
Teacher: Where do you get seven from?
Johnny: Because I have already one rabbit at home..

Dec 15, 2009

Hingga ke akhirnya...

Alhamdulillah... setelah 4 tahun bertungkus lumus menghadap modul-modul OUM, akhirnya tamat juga pembelajaran aku... walaupun hanya secara PJJ, dapat juga aku habiskan 33 modul dengan 99 jam kredit. Ish... skali pikir rasa macam tak cayer jer...

Lepas exam final ari tu, hilang rasa beban kat kepala... la nie tinggal beban2 kerja kat sekolah pulak... terima kasih pada isteri dan anak2 tercinta kerana memberi semangat dan dorongan... terima kasih juga pada member2 OUm, terutama pada Rizal & Fuad... tiap-tiap semester maser nak exam kami jadi penghuni tetap Hotel Ipoh City ataupun Grand View Hotel.... tu lah tempat kami study last minit... aper nak buat... PJJ cam tu la....

la nie cuma tnggu result final exam dengan result thesis yang masih tak keluar lagi... harap-harap dapat membantu menaikkan CGPA aku... Insya-Allah...\

pada member-member... perjuangan harus diteruskan... jagan putus asa... kalau ada rezeki dan umur panjang... kita jumpa untuk level seterusnya... Insya-Allah... "Master" Pula...

Nov 16, 2009

Konvokesyen KEMAS


Tahniah kak Long & Kak Ngah kerana telah menerima sijil tamat belajar Tabika KEMAS untuk tahun 2009. Tahun nie Kak Ngah pun terima sijil juga walaupun baru 5 tahun. Nie antara gambar-gambar sekitar Majlis Graduan Kanak-kanak TABIKA KEMAS parlimen Bagan Datoh.


Lahirnya seorang putera...

10 November 2009 @ 22 Zulkaedah 1430 Hjijrah

Alhamdulillah... mama selamat melahirkan baby lelaki pada jam 1.27 pagi secara normal.

Adam Fahmi Bin Muhammad Fadzli selamat dilahirkan dengan berat 3.3 kg. Terima kasih mama kerana pengorbanan mengandungkan Adam selama 9 bulan dan melahirkan Adam dengan selamat.

Semoga mama dan Adam sihat dan dilindungi Allah. Amin.

* kak Long & Kak Ngah seronok sangat dapat baby... ayah pun sama juga...


10.11.2009


11.11.2009

12.11.2009
14.11.2009

KEMAS @ Zoo Taiping


7 November... aku bersama ngan wife bawa Kak long N Kak Ngah pegi zoo taiping...

Sebenarnya lawatan tu dirancang oleh KEMAS tempat anak2 aku belajar. Tabika KEMAS surau Teluk Buloh. Lawatan tu dibuat sebagai salah satu aktiviti tahunan tabika Kemas. Perjalanan ke sana sebenarnya telah diatur oleh guru Tabika dengan menaiki bas. Tapi kerana mama dah sarat nak bersalin, untuk mengelakkan risiko bersalin dalam bas... jadi aku bawa ler naik kereta.

Sebenarnya takut juga nak pegi.... kot la mama nak bersalin pulak... jauh juga perjalanan nak ke sana. Apapun alhamdulillah... semua okey. Sampai sana... semua family ngan murid-murid round zoo naik train yang disediakan. Tak ler penat budak2 tu nak berjalan.


Habis round zoo taiping kami semua pegi rest kat taman tasik taiping. Kat sana cikgu & makbapak buat sukaneka untuk anak2, mak2 dan bapak2. Lepas tu penyapaian hadiah dan makan. Semua penat lepas habis aktiviti.

Kami bertolak pulang lebih kurang jam 2.30 petang.

* Teringat maser pegi zoo taiping ngan geng-geng Ubern. kalau tak silap tahun 2004

Oct 31, 2009

pingat gangsa...

Minggu nie kerajaan 1 Malaysia bayo gaji aku untuk berendam dalam kolam renang jer.

Aku dan beberapa peserta lain telah menyertai kursus menyelamat di air pegawai KRS negeri Perak. Dalam erti lata lain Kursus untuk dapatkan Bronze Medal.

Bronze Medal nie adalah kursus yang dijalankan untuk menguji keupayaan menyelamat mangsa lemas di air. Minggu nie aku dan geng-geng yang menyertai kursus nie berendam dari pagi sampai tengah hari... pastu petang sambung balik... kira pagi petang ler berendam. Memacam stail kena belajar. Yang bestnyer instruktor kursus nie adalah cikgu aku maser sekolah teknik dulu.... tahun 95 ngan 96 (Cikgu Anuar @ Master). Dah lamer dah cikgu aku tu... la nie jumpa balik.

Ari nie (Sabtu) kami semua diuji oleh pegawai dari persatuan menyelamat Malaysia. Alhamdulillah... semua yang ambik kursus nie lulus. Cuma tahap kelulusan tu ada tahap intermediate ngan tahap bronze medal.

Aku ngan 5 geng try ambil international punyer test... Alhamdulillah... dapat juga lulus semua. Aku kira bernasib baik gak... susah gak... kena berenang 300 m dalam maser 9 minit ngan menyelam sejauh lebih kurang 18 meter sambil ambil bata di pertengahan menyelam tu.

Aper pun... best gak dapat ilmu menyelamat nie... boleh guna untuk keselamatan diri sendiri dan bantu orang lain. Insya-Allah kalau mampu.

Oct 19, 2009

New MPV from Produa

Aper kata kita servey dulu....


Perodua MPV @ auto world show


Perodua MPV @ auto world show

Perodua MPV @ auto world show

Perodua MPV @ auto world show

Perodua MPV @ auto world show

Perodua MPV @ auto world show

Perodua MPV @ auto world show

Perodua MPV @ auto world show

Perodua MPV @ auto world show

Perodua MPV @ auto world show

Oct 6, 2009

Selamat Hari Lahir mama

(note untuk esok... 7 Oktober 2009)

Assalamualaikum...

hari nie ayah, kak long dan kak ngah nak ucapkan

SELAMAT HARI LAHIR YANG KE 29 Istimewa buat mama.

Semoga mama dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Terima kasih atas pengorbanan menjaga makan minum kami semua. dan terima kasih kerana melayan kerenah keluarga kita...

Di sini ayah, along dan angah nak sampaikan hadiah yang istimewa untuk mama sempena hari lahir mama yang ke 29 nie.. terimalah hadiah yang tak seberapa nie kalau nak dibandingkan dengan pengorbanan mama selama nie.

kami semua mendoakan mama supaya selamat melahirkan baby boy untuk ayah, kak long dan kak ngah.

Ikhlas dari Ayah, along & angah.

Oct 1, 2009

Sep 23, 2009

Anak-anakku @ Ramadhan 2

Berakhirlah sudah ramadhan... sebulan berpuasa...

Itulah dia... kini syawal sudah menjelma...
Setelah sebulan menjalani ibadah puasa, anak-anakku gembira menyambut syawal.

Menjelang 1 syawal, Kak long (6 tahun) berjaya berpuasa sebanyak 18 hari, dan kak ngah
(5 tahun) pula... 22 hari, Nampaknya kak ngah lebih banyak puasa dari kak long.

Kalau lihat anak-anak berpusa, kekadang kesian juga, tapi alhamdulillah, dapat juga mereka berpuasa. Apa pun ayah & mama bersyukur... anak-anak ayah dapat belajar berpuasa. Kalau lihat kak long dan kak ngah, kak ngah lebih kuat semangat dari kak long, kalau menjelang petang, kak long dah baring jer... kak ngah relax jer... masih main sana sini lagi.

Biasanya dalam pukul 5, aku bawa anak2 pegi pasar ramadhan, (teluk intan, htn melintang, sabak bernam & sg. besar) tu ler tempat-tempat yang biasa aku pegi . Aper jer yang anak2 nak makan aku belikan. Bukan apa... nak bagi semangat kat anak2 tu... Tapi tak ler sampai memnbazir.

Apapun tahniah anak2 ayah. tahun depan Insya-Allah kita puasa lagi.

Sep 4, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Dapatkan Kad Raya

Selamat hari Raya Aidilfitri buat keluarga Teratak Ilastrasi
dan selamat hari raya buat pelawat teratak, maaf zahir dan batin.

Seikhlas kata kukirimkan
Setulus hati kulampirkan
Iringan takbir kebesaran
Memohon keampunan

Seikhlas kata kukirimkan
Setulus hati kulampirkan
Iringan takbir kebesaran
Memohon keampunan

Memohon ampun maaf dipinta
Menggunung kesalahan yang ada
Agar berpanjangan muhibbah mesra
Di hari mulia

Halal di halal sesama kita
Menghening jiwa
Menghulur tangan ikatan mesra
Tanda hati setia
Selamat hari raya


* Agak-agaknya... lirik lagu saper nie yer???

api oh api...

Sebagai Renungan:
Diriwayatkan bahawa Rasulullah pernah menceritakan betapa asalnya kejadian api di dunia ini. Setelah nabi adam dihantar ke dunia kerana kesalahanya memakan buah larangan maka Allah swt telah memerintahkan Jibril as supaya mengambil api dari neraka untuk dihantar ke dunia untuk kegunaan nabi adam as. Maka jibril as pun diperintahkan untuk meminta api tersebut daripada malaikat penjaga api neraka iaitu Zabaniah.

Jibril:
wahai zabaniah, aku diperintah untuk mengambil sedikit api neraka untuk dihantar ke dunia bagi kegunaan adam as.

Zabaniah:
sebanyak mana sedikit itu ?

Jibril:
sebesar kurma...

Zabaniah:
kalau sebesar buah kurma api neraka itu engkau bawa nescaya akan cairlah tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi akibat kepanasanya.

Jibril:
kalau begitu berilah aku sebesar separuh dari buah kurma...

Zabaniah:
kalau sebesar separuh buah kurma api neraka ini engkau letakan di dunia nescaya tidak akan turun walaupun setitik hujan dari langit dan tidak ada suatu pun tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti..

Memandangkan keadaan yang rumit ini maka jibril as pun menghadap Allah untuk mendapatkan saiz yang perlu dihantar ke dunia. Allah swt pun memerintahkan supaya jibril mengambil sebesar ZARAH sahaja dari api neraka untuk dibawa ke dunia. Maka jibril as pun mengambil api neraka sebesar zarah dari zabaniah tetapi oleh kerana kepanasan yang keterlaluan api neraka sebesar zarah itu terpaksa disejukan dengan mencelupnya sebanyak 70 kali ke dalam sungai di syurga dan sabanyak 70 buah sungai. = 70 x 70

Selepas itu jibril as pun membawa api itu turun ke dunia dan diletakan di atas sebuah bukit yg tinggi, tetapi sejurus setelah diletakan tiba-tiba bukit itu terus meleleh cair maka cepat-cepat jibril mengambil semula api tersebut dan dihantar semula ke neraka.

Hanya sisa-sisanya sajalah yang terdapat di dunia ini seperti api yang sering kita gunakan untuk berbegai keperluan dan juga api yang terdapat di gunung berapi dan lain lain lagi.

PENGAJARAN:
Bayangkanlah kepanasan api neraka yg sebesar zarah yang terpaksa disejukan dalam 70 buah sungai dengan sebanyak 70 celup setiap sungai dan hanya sisanya saja itupun manusia tidak dapat bertahan akan kepanasanya bagaimana dengan api di neraka itu sendiri. SEBESAR ZARAH SAHAJA.

Rasulullah s.a.w. bersabda,
maksudnya:

"Sesungguhnya orang yang paling aku kasihi di sisiku ialah seorang mukmin yang keadaannya serba sederhana,
tetapi rajin mengerjakan solat (wajib dan sunat), dia baik dalam beribadah kepada Tuhan dan selalu taat kepadaNya
secara diam-diam"

(Riwayat Tarmizi)


Rasulullah s.a.w. bersabda

maksudnya:

"Sesungguhnya orang yang sangat aku kasihi dan terdekat padaku di hari kiamat ialah yang terbaik budi pekertinya.
Dan orang yang sangat aku benci dan terjauh daripadaku pada hari kiamat ialah orang yang banyak bercakap,
sombong dalam percakapannya dan berlagak menunjukkan kepandaiannya"

(Riwayat Tarmizi)


Rasulullah s.a.w. bersabda

maksudnya:

"Barangsiapa yang bertaubat kepada Allah selagi belum

terbit matahari dari arah barat, maka Allah menerima taubatnya"

(Riwayat Muslim)


Rasulullah s.a.w. bersabda

maksudnya:

"Ingatlah kepada Allah dalam masa senangmu,

nescaya Dia akan mengingatimu di masa susah"

(Al-Hadith)

Aug 28, 2009

Bersama PELAKAR...

Dapatkan dipasaran sekarang .... kalo nak tau aper citer buku nie... layan ler Blog KONOTASI mesti rerakan minat punyer.... jangan luper beli..... terbitan X-Ubern Staff.

Aug 26, 2009

Anak-anakku @ Ramadhan

Sememangnya nak mengajar anak-anak berpuasa agak mencabar. Macam tu lah juga anak-anak ayah... kak long dan kak ngah tu... awal ramadhan tu memang kak Long ngan kak Ngah semangat nak puasa sebab cikgu kat kemas banyak bagi semangat untuk puasa. satu lagi diaorang selalu tengok cerita Upin & Ipin, jadi bagus juga untuk kuatkan semangat anak2 ayah berpuasa

1 Ramadhan : Kak Long
Kak long berjaya berpuasa 1 hari... tu pun dah tak larat jer rupanya... suruh buka tak nak... kuat gak semangatnyer... Patang tu bawa pegi pasar ramadhan kat CB (Cenderong balai) biar kak long pilih sendiri aper nak makan... bagi dia seronok puasa nie... Maser buka puasa dia tak larat nak makan, cuma minum air ngan makan buah jer... dah lama skit baru okey... tu pun tak nak makan nasi... makan buah tembikai jer...

Kak ngah pulak memang tak bangun sahur... sebab baru 5 tahun. So cuma minta dia puasa setengah hari jer kalau dia mampu... kul 10 dah minta nak makan dah ... tak per la... tak sahur pun.

2 & 3Ramadhan : Kak Long ngan Kak Ngah tak puasa pun... bukannya apa, aku tak gerak anak2 aku sahur pun... semalam atuknya marah-marah sebab suruh bebudak tu puasa... tak wajib katanya... ish... payah aku nak cakap la... negatif tul...

4 Ramadhan : Masa nie dah balik rumah, so waktu sahur aku bangunkan anak2 tu, susah jugak nak bangunkan kak long ngan kak ngah. Dah bangun, bagi makan nasi... semangat jer anak2 ku makan, Ain dan balqis dapat puasa sampai pukul tiga. Okey lah tu... lepas juga setengah hari. Itu pun agaknya dua-dua nampak tembikai kat peti ais... terus teringin nak makan.

5 Ramadhan : Alhamdulillah... kak Long dan Kak ngah dapat puasa penuh ari nie... Tak sangka pulak ain pun dapat puasa penuh ari nie. Petang tu dalam kul tiga lebih macam tak larat jer... pas tu ayah ajar anak2 main game kat komputer... lepas dapat main game tu... okey jer... Petang pegi pasar ramadhan kat Sabak, kak long pilih makan nasi tomato, kak ngah pulak pilih makan sosej ngan bubur jagung.

Macam-macam cabaran nak mendidik anak-anak memahami dan menjalani ibadah puasa nie. Apapun, kita kena cuba... Insya-Allah dengan izin Allah, boleh.

Kad Raya Ubern


Aritu aku ada baca satu post kat blog KONOTASI yang menjadi blog yang wajib aku masuk setiap kali aku masuk ke blog aku... Firol cerita pasal kad raya yang pernah diusahakannya dulu. nie aku nak "show" Kad raya yang pernah menjadi rebutan anak-anak didik ubern school. Memang top kad rayer nie kat ubern satu masa dulu...

Aug 21, 2009

Salam Ramadhan

Selamat menyambut bulan ramadhan Al-Mubarak buat semua pelawat Teratak Ilastrasi.

Penuhilah bulan ini dengan amal ibadat, hayatilah bulan ini dengan penuh keinsafan...

Aug 5, 2009

Eratkan Silaturrahim


Hari keluarga SK Teluk Buloh

Lokasi : Teluk Batik Resort
Tarikh : 1 Hingga 2 Ogos 2009

Sinar keluaran 5 Ogos 2009

Meriah dan ceria...

Jul 26, 2009

samakin meningkat...

Alhamdulillah... tarikh 23 julai bertambahlah umurku menjangkau 30 tahun, hari ini aku menerima 6 meseg ucapan hari lahir, firstly dari yang (adik aku), pastu my honey (wife ler...). then yeop, haslin dan aton. Terima kasih semua.

Selain tu adalah ucapan hari lahir dari 2 puteri aku... Kak Long & Kak Ngah. Terima kasih anak-anak ayah.

Selain ucapan hari lahir, aku menerima 3 keping kad hari lahir dari my dear wife dan anak-anak aku... (hasil nukilan sendiri dari anak2 ayah)


dari My Wife : teacher Lynda

Dari Kak Long : Balqis

Dari Kak Ngah : Norain

dan satu hadiah special dari my loving wife...

Sebagai hamba Allah, aku bersyukur dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan hingga ke saat ini. buat isteri dan anak2 ayah, doakan semoga kita sekeluarga sihat sejahtera dan kehidupan kita sekeluarga diredhai Ilahi dunia dan akhirat. Amin.



Jul 24, 2009

Renung renungkan...

If you think you are unhappy, look at them..



If you think your salary is low, how about her?



I f you think you dont have many friends!



If you think study is a burden, how about her?



When you feel like giving up, think of this man..



If you think you suffer in life, do you suffer as much as he does?



If you complain about your transport system, how about them?



If your society is unfair to you, how about her?



Enjoy life how it is and as it comes. Things are worse for others and is a lot better for us ..

Jul 16, 2009

Akhirnya...

Alhamdulillah...

Akhirnya siap juga thesis aku... minggu nie petang malam aku layan thesis... pagi layan bebudak kat sekolah ler... Start ari isnin ari tu... sampai petang tadi... akhirnya siap juga thesis math yang aku buat nie. Fuh... bila dah siap... lapang dada rasanya. LEpas nie boleh prepare untuk exam pulak.

Sabtu nie nak anta kat lecture.... Mr. Wong tuck Sung... Harap2 first draft nie akan jadi final draf... tak der le nak kena ubah banyak sangat. Semingggu katanya nak semak thesis nie. Emm...

Ish... tak sabo nak abihkan lagi satu sem kat oum... Sem Sept 2009. lepas nie tak yah pikir nak siapkan asignment..., nak masuk forum... nak baca buku... nak masuk exam...

Ya Allah, berkatilah pengajian ku ini... Amin

Jul 13, 2009

Nasi Lemak 30 sen

Mesti ramai kalangan rakyat Malaysia nie suka makan Nasi Lemak kan... kalo kat Key El tu biasa la... Nasi Lemak Antarabangsa la... aku pun maser zaman dok kat gombak dulu, rajin gak pi layan nasi lemak antarabangsa tu... dengan yeop la... (my brother) kekadang tu pegi ngan housemate aku... Kherol ngan Nan (Depe nie adik beradik).


Sebut pasal nasi lemak nie... banyak tempat ada jual nasi lemak... memacam stail ada... siap bungkus ada (bungkus daun pisang @ bungkus surat khabar), layan diri ada... yang sedap ada... yang kureng sedap pun ada... Kalo citer pasai pengalaman makan nasi lemak nie... mesti memacam cerita boleh dapat kan.

Cerita pasai harga pulak... biasanya kalo kat pekan-pekan kecik... paling kurang pun 50 sen... tu pun payah dah nak dapat rega tu... biasanya rege seringgit la.... Kalo yang 50 tu... nasi lemak lauk timun jer la... pastu kuah merah tanpa ikan bilis... biasa la tu... Kalo kat pekan besar pulak... emm rega kena besar gak la... rasa belum tentu lagi

Kat sini aku nak citer la... kat sekolah aku nie masih ada lagi orang jual nasi lemak 30 sen... (tak percaya ker?) kena percaya gak la... sebab ini kesah benar. Walaupun regenya 30 sen... siap ada telur dadar ngan ikan bilis sekurang-kurangnya 4 ekor... (kategori banyak la tu berbanding kat luar) Nasi nyer pulak sikit jer la... (sesuai ngan harga). Kalo makan pulak memang hingga menjilat sudu... lagi sedap dari nasi lemak kg. baru... (citarasa aku la...)

Kalo nak rasa nasi lemak 30 sen... mai la ke kg. sg. samak.... makan nat kantin sekolah aku... sekali makan nak lagi...

* kalo sepul makan nasi lemak nie... sorang 3 bungkus baru boleh berenti...

Dalam Majalah


Sabtu lepas, seperti biasa aku membeli majalah kegemaran aku... K-Kompak. Memang setiap bulan aku beli majalah tu... ada la koleksi untuk majalah nie kat rumah... tapi tak la dari edisi pertama... aku start beli majalah nie pun maser keluaran ke 42. La nie dah keluaran ke 54.

Apa yang special nyer keluaran ke 54 nie???

Ha... yang bestnyer K-Kompak keluaran ke 54 nie ada la wajah kesayangan hamba... he..he...he... keta kecik aku da... Ada la muka aku ngan anak-anak aku skali... Sebenarnya dalam majala nie ada ruangan rakan & stail. Bulan 2 aritu aku ada hantar gambar-gambar keta kecik aku kat majalah nie... Lama gak la tunggu... dah 4 bulan gak la baru masuk book.

Anyway... bukan nak cari glamour pun... sekadar meluangkan masa lapang... sesambil tu, sajer nak kongsi gambar keta kecik ngan peminat-peminat keicar nie...

Kalo kengkawan semua ada keta kecik @keicar... bolehlah join ruangan rakan &stail kat majalah K-Kompak tu... ape lagi... dapatkan dipasaran....

Enjoy keicar life

cerita mira : http://kcarcute.blogspot.com/

Jul 2, 2009

Happy Birthday Kak Long

5 Julai 2009.

Tarikh nie kak long dah masuk 6 tahun. Alhamdulillah... semoga Allah panjangkan usia Kak Long, dimurahkan rezeki dan dibukakan pintu hati untuk menerima ilmu.

Umur dah semakin meningkart... semoga kak long semakin matang dalam menempoh hari mendatang. Ayah, mama dan Kak Ngah doakan kak long sihat sentiasa dan gembira selalu.

Apa agaknya hadiah nak bagi kak long yer... Cerita tentang hadiah... kalau hari lahir kak long kena bagi hadiah kat kak long ngan kak ngah... samer la juga kalo birthday kak ngah... kak ong kena bagi hadiah juga... emm... untunglah anak2 ayah nie... orang lain dapat hadiah hari lahir sekali setahun... tapi kak long ngan kak ngah dapat dua kali... Rezeki namanya tu....

Hadiah tahun nie tak lah seberapa sangat... cuma ayah ngan mama harap kak long ngan kak ngah bahagia bersama ayah ngan mama.

Happy Birthday Kak Long !

Jorney to sabah : 3

Hari nie time nak hantar Nirah ke UMS untuk pendaftaran kolej kediaman.

Hari nie kawan kakak (abang Ali) tolong bawa kami semua ke UMS. Abang Ali nie orang key El... cuma kerja kat KK nie... so dia memang dah expert ler pasal jalan-jalan kat KK nie... Pagi tu abang ali hantar kami ke pendaftaran Nirah.. Pendaftaran tu tak la lama sangat... okey jer...

Dah selesai semua pendaftaran... abang ali bawa kami pi makan kat satu kedai tu... tak tau la area mana... kedai tu sempoi jer... tepi jalan... cuma yang special kat situ adalah Air kelapa bakar ngan Puding kelapa. Emmm menarik gak... memang sedap... kami makan tengahhari skali kat situ... makan nasi goreng daging. Abang ali memang selalu makan kat situ...

Lapas makan tu... abang ali bawa kami round seluruh KK. tunjuk tempat menara tinjau... port yang best-2 kat sana... pastu pegi area pantai... kat tanjung aru... last skali kami pegi rumah Mak Ngah Mah (sepupu umi) * memang stay kat sana...

Kebetulan makngah mah memang dok kat sana... anak dia pun ada reg kat ums skali... Sajer ziarah... lain kali munirah nak pegi senang ler... kat rumah makngah mah kami pekena nasi goreng udang... FUh! memang best... memula tu ambik sikit jer... dah rasa tambah 3 kali... termasuk la yeop ngan abang ali... Rezeki jangan ditolak....

Lepas balik dari rumah Mak Ngah mah tu.. kami pegi semula ke kolej UMS... hantar munirah... Lepas tu abang ali hantar kami balik semula ke hotel....

* Thank's Abang Ali.... banyak tolong kami ari tu...

continue....

Journey to sabah : 2

Hari kedua di Kota Kinabalu...

Hari nie cuma jalan-jalan kat area Kota Kinabalu. Aku, Yeop ngan Munirah pi jalan-jalan kat town area kk tu. Masuk kat Centre Square kar KK. Bukannya nak buat per pun... sajer round-round nak abiskan masa.... sambil tu cari beberapa barang untuk nirah bawa ke UMS nanti.

Sebenarnya Nirah nak cari kasur sukan. Jenuh tawaf kedai-kedai kasut kat aea shopping komplex tu... hampir semua kedai kasut dah masuk... semuanya tak berkenan di hati... ish... susah betul nak cari... last skali dapat gak... tu pun bukan kat area ctre point tu... kat kedai biasa jer... Tak kesahlah... asal berkenan dihati... memanapun boleh.

Selain tu... maser round tu... kami jumpa cinema compleks... terpandang pulak kat cerita TRANSFOMER2. Aku ngan yeop pulak memang minat giler nak tengok citer tu... check tiket... ada lagi... so ari tu kami layan Transformer2 kat san... syok citer tu.... tak boring layan citer tu...

petang tu kami makan kat area "Pasar Philipine" kat sini tempat makan-makan yang agak best gak... tepi laut... pastu semua lauk-pauknya jenis bakar... ikan bakar...sotong bakar... ucang bakar... dan memacam bakar lagi... makannya dengan nasi putih dan sambal jer... udah itu cara orang sabah makan... ikut jer la....

Malam tu cuma relax kat bilik jer... REST....

Continue...

Jun 26, 2009

Journey to sabah : 1

Khamis :
aku gerak ke Key El... bawa adik aku Munirah, nak hantar ke UMS. Kena belajar kat sana la pula... Udah rezeki dia. Aku pegi ngan Yeop (abang sulong). Memang tak disangka aku sampai ke Sabah nie. Bukan dirancang pun... Tapi sebab nak anta adik aku... pegi juga la... Kesian pulak kalo nak biar pegi sengsorang...

naik fligh dari LCCT kul 6.30. Flight delay pulak... ada emergency case dalam flight tu... ada orang sakit. Kul 7.00 baru dapat naik. Emmm first time aku naik burung besi nie... Dok dalam flight tu... memula tu okey la... lelama lepas tu mula boring... memula bacagak pemplate kat sit tu... dah habih baca tu dah tak tau nak buat aper... memang tak tau nak buat aper... nak tido pun tak leh... Ish... mula terpikir naik keta lagi best... betapa boringnyer dok dalam flight tu selama 2 jam setengah.

Sampai kat KK (kota kinabalu) lepas keluar KKIA tu.. aper lagi... ambik angin segar le ngan yeop skali.... (mer***k ler... tabiat tak baik untuk kesihatan) Lepas tu... ambik teksi terus pi check in kat Asia City Hotel. Tak jauh pun dari airport tu... lebih kurang 20 minit jer. Sampai sana... pe lagi... mandi... solat... makan biskut... then.... Landing time.

continue.....

Jun 21, 2009

Petua membentuk anak-anak cemerlang

21 Petua Dalam Membentuk Anak-anak Cemerlang

Apa yang dituliskan di bawah ini adalah dari satu petikan hasilkerja dan usaha yang telah disusun oleh pakar motivasi yang tidak asing lagi di negara kita ini iaitu Yang Berbahagia Tuan Haji Dato Dr. Mohd Fadzilah Kamsah.


Muqaddimah

Sebenarnya tiada suatu pun formula yang ideal dalam usaha membentuk anak-anak untuk menjadi orang yang cemerlang kerana setiap anak itu memiliki keistimewaannya yg tersendiri yang telah dianugerahkan oleh Allah s.w.t.


Merujuk kepada satu hadith sahih dari Rasulullah s.a.w, mathumnya :


Ada 4 tahap dalam mendidik anak-anak iaitu :


Dari bayi hingga ke usianya 7 tahun


Pada masa ini, anak hendaklah disayangi dengan sepenuh hati oleh ibubapa dibelai dengan penuh kasih sayang, diajak bermain, bergurau dan seumpamanya dijaga seperti menatang minyak yang penuh. Natijahnya agar anak sentiasa sedar dan fakir bahawa ibu bapa adalah rujukan terbaik bagi mereka dalam semua hal yang mereka hadapi.


Dari usia 8 hingga 14 tahun


Dalam pada anak diasuh dengan penuh kasih sayang, anak mesti dididik dengan penuh disiplin dan diajarkan tentang pengagihan tanggungjawab tak kira di rumah atau pun di sekolah.


Dari usia 15 hingga 21 tahun


Ketika ini anak hendaklah didekati secara berkawan. Ibu bapa tidak lagi boleh arah-marah yang melampau pada anak kerana jiwa remaja mereka akan memberontak.Jangan sesekali mengherdik apalagi memukul anak-anak tersebut.


Dari usia 21 ke atas


Berikan kebebasan kepada anak dalam membuat keputusan sendiri atas apa yang ingin mereka kerjakan. Dalam pada itu, ibu bapa mesti sentiasa pantau, pesan, doa dan nasihat anak tersebut semoga hala tuju mereka betul.


Hasil dari rujukan kepada Al-Quran, As-Sunnah dan kajian-kajian yang telah dilakukan oleh pakar-pakar dalam bidang ini, di bawah disenaraikan 21 kaedah terbaik dalam membentuk anak-anak kita menjadi orang yang cemerlang.


1.
Mendidik anak dengan pesanan dan arahan setiap hari bersesuaian dengan tindak tanduk dan amalan yang ibu bapa inginkan. Jangan sesekali bosan dalam memberi pesanan kepada anak-anak. Menurut satu kajian, standard memberi pesanan dan arahan pada anak-anak pada setiap hari adalah sebanyak 200 kali. Barulah anak tersebut akan dapat dibentuk rutin kehidupannya mengikut apa yang ibu bapa mahu.


2.
Banyakkan bercerita dengan anak-anak atas apa jua perkara yang baik-baik. Boleh mengambil iktibar dari Quran, kisah para rasul dan para sahabat. Malah ibu bapa pun boleh mereka cerita mereka sendiri. Yang pentingnya, ianya mestilah punya natijah yang boleh diteladani dan jangan sesekali bercerita tentang hal yang melalaikan.

3.
Selalu bersoal jawab dengan anak-anak secara istiqamah (berterusan). Bertanya kepada anak tentang hal yang telah dilaluinya sepanjang hari dan apa pula yang telah dilakukannya. Dan bila anak bertanya pula, ambil kira setiap soalan yang diajukan dan sentiasa berusaha menjawab semua soalan tersebut secara hikmah.

4.
Mendidik anak dengan merujuk kepada pengalaman yang telah lalu yang pernah dirasai oleh ibu bapa. Juga boleh mengambil iktibar dari pengalaman orang lain baik yang negatif mahupun positif. Ini akan lebih mudah menjelaskan mesej yang hendak disampaikan kepada anak-anak.

5.
Mengasuh anak-anak melalui nasihat dan teguran . Nasihat dan teguran berlainan sedikit dengan pesanan dan arahan yang perlu dilakukan setiap hari. Nasihat dan teguran dibuat sesekali sahaja supaya anak tidak cepat bosan. Mungkin dalam seminggu sekali atau dua kali sahaja. Nasihat dan teguran adalah lebih menjurus kepada pembentukan: aqidah anak-anak tersebut ibadah dan amalan hariannya akhlaknya kerjasama di dalam dan di luar rumah tanggungjawab yang perlu ada dalam dirinya kesihatannya sangka baik dalam diri suci hatinya pada Maha Pencipta dan makhluk disekelilingnya

6.
Banyakkan bermain dan bergurau dengan anak-anak dan sentiasa selitkan unsur-unsur nasihat yg bermanfaat di dalamnya.

7.
Banyakkan memberikan latihan dan tugasan kepada anak-anak termasuklah dalam kerja-kerja di rumah. Tugasan diberikan mengikut usia, tahap kemampuannya dan bersesuaian dengan jantina anak itu. Kerja tersebut juga hendaklah diberikan mengikut waktu yang sesuai dan kena pada tempatnya. Sentiasa pantau kerja yang dilakukannya dan segera perbetulkan mana-mana kesalahan atau tabiat yang tak elok. Jangan kutuk anak kalau mereka buat salah dalam tugasannya dan jika memuji anak biar berpada-pada.

8.
Amalan dan tindak tanduk ibu bapa menjadi contoh kepada anak-anak. Ibu pada yang sederhana memberitahu anak-anak apa yang mereka perlu lakukan. Ibu bapa yang baik memberikan penjelasan tentang apa yang dia minta anak dia buat.Ibu bapa yang cemerlang memberikan contoh tentang sesuatu perkara yang diberitahu dan dijelaskan kepada anaknya. Manakala ibu bapa yang mithali, sentiasa menggerakkan anak-anaknya untuk menjadi manusia cemerlang.

9.
Sentiasa memberikan galakan dan amaran pada anak-anak iaitu dorongan ke arah yang positif dan berikan hukuman bila anak buat kesalahan dengan hikmah. Menurut kajian pakar-pakar psikologi, galakan diberikan 80% dan 20% lagi untuk amaran. Galakan yang banyak akan jadikan anak-anak lebih ceria dan anak-anak yang ceria lebih menjurus ke arah individu yang cemerlang.

10.
Lakukan suruhan dan gesaan pada anak-anak dengan tidak perlu berulang-ulang kali memberikan peringatan. Gesaan dilakukan pada anak dengan sekali arahan sahaja. Ibu bapa perlu ada tindak susul pada anak atas apa yang diminta lakukan. Jika ibu bapa perlu beritahu anak banyak kali dalam sesuatu hal pada sesuatu masa, ia ditakuti akan boleh menjadikan anak seorang yang degil

11.
Ambil berat kebajikan anak-anak. Ibu bapa perlu tunaikan hak-hak anak yang sewajarnya. Ibu bapa mesti menyediakan keperluan yang munasabah untuk anak-anak yang mana anak tersebut layak terima dan sesuai dengan kemampuan ibu bapa tersebut.

12.
Ibu bapa gunakan firasat dan gelombang minda dalam mendekati anak-anak. Tak perlu tunggu anak menceritakannya pada ibu bapa bila berdepan dengan sesuatu masalah. Praktikalnya amat penting terutama bagi ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang sensitif yang mudah tersentuh hatinya. Allah berikan kehebatan ini pada ibu terutamanya dalam menyelami hati budi seseorang anak. Gunakan juga kaedah ini untuk menasihati anak-anak pada sepanjang masa.

13.
Menjana keyakinan dan kekentalan diri anak. Ulama dan ahli psikologi menyarankan bahawa antara perkara yang boleh dilakukan dan dilatih pada anak-anak termasuklah :ajar anak-anak menyimpan rahsia latih anak-anak berpuasa bentuk kemahiran sosial anak, contohnya dalam cara berkawan yang betul luaskan ruang lingkup pembacaannya supaya pengetahuan amnya hebat dengar pendapat anak ajarkan anak cara membuat keputusan yang baik dalam sesuatu hal memberikan pujian pada anak-anak berpada-pada ajar mereka cara berniaga

14.
Kenalpasti kecenderungan dan minat anak-anak. Selain dari memerhatikan sendiri anak- anak tersebut, boleh juga bertanya kepada guru atau rakan tentang hobi anak-anak, mungkin ada yang ibu bapa terlepas pandang. Pupuk minat mereka supaya mereka selalu gembira kerana anak yang ceria mudah jadi orang yang cemerlang.

15.
Pilih waktu yang sesuai dalam menasihati anak-anak . Waktunya termasuklah ketika : masa rehat dan bersantai dengan anak-anak beriadah atau berikreasi dengan anak-anak di dalam perjalanan anak hendak tidur, sedang tidur atau ketika baru bangun dari tidur. selepas waktu mandi selepas solat bersama anak-anak selepas anak-anak membaca Al-Quran ibu bapa membaca Al-Quran, ditiupkan pada kepala anak dan dinasihatkannya

16.
Ibu bapa hendaklah bertahap-tahap dalam mendidik anak-anak mengikut tahap intelektual dan usia anak-anak berkenaan. Didikan pada anak juga hendaklah singkat, padat, bermanfaat dan tidak membosankan.

17.
Pastikan anak-anak mematuhi perintah Allah dan meneladani sunnah yang dibawa dan diajarkan oleh junjungan besar Rasulullah s.a.w. Ibu bapa sentiasa memperbaiki amal ibadah dalam keluarga selaras dengan tuntutan agama.

18.
Isi waktu lapang anak-anak dengan perkara-perkara dan kegiatan-kegiatan yang berfaedah . Jauhkan sama sekali dari melakukan hal-hal yang melalaikan.

19.
Beri ruang kepada anak-anak untuk berdialog dengan ibu bapa secara terbuka tetapi dalam keadaan dan situasi yang penuh hikmah.

20.
Rangsang kecerdasan minda anak-anak dengan pemakanan yang seimbang. Pastikan : adanya diet yang betul dan vitamin tambahan yang bersesuaian. makanan adalah halal , bersih dan tiada unsur-unsur subahat. banyak beriadah/bersenam untuk menjaga tahap kecergasan badan ajar teknik belajar dan berfikir yang betul

21.
Doakan mereka berterusan secara positif sampai bila-bila dari mereka kecil hingga ke akhir hayatnya. Ibu bapa perlu sentiasa ingat bahawa apa yang ibu bapa fikirkan dan cakapkan pada anak-anak adalah doa yang sangat mustajab.

Percayalah bahawa ??


Anak- anak kita memang cemerlang
!!!

Jun 10, 2009

Kak Ngah dah besar....


Salam...

Bulan mei haritu adalah bulan terakhir aku beli susu untuk kak Ngah. Alhamdulillah, start bulan nie, Kak Ngah dah tak menyusu botol lagi. Lega rasanya... Maknanya, Kak Ngah dah berenti minum susu pada umur 4 Tahun 6 bulan.

Cerita Kak Ngah berenti minum susu nie camnie. Satu hari tu, Kak Ngah nak susu, tapi botol susunya hilang, cari satu rumah pun tak jumpa, Last-last pujuk minum susu guna cawan. Mahu juga Kak Ngah minum guna cawan.

Lepas sekali minum guna cawan, terus tak nak minum susu dah... sampai ke hari nie... Botol susu tu pun sampai hari nie tak jumpa... Entah kemana ghaibnya botol tu... La nie Kak Ngah cuma minum oren atau Teh O dalam cawan yang ada penutup tu...

Sesekali ayah ngan mama tannya juga soalan nie pada kak Ngah

"Kak Ngah nak susu tak?"
Kak Ngah Jawab ...

"Kak Ngah dah besar... kak Ngah tak minum susu dah... Ayah nie... dah lupa ker?""

Etulah citernyer kak Ngah dah besar....

May 26, 2009

Happy 7th Anniversaries


Selamat menyambut Ulang tahun perkahwinan yang ke-7 buat mama dan ayah. Semoga ikatan kekeluargaan kita akan semakin kuat dan bahagia.

Ya- Allah... berikanlah kebahagian kepada keluarga kami. Lindungilah keluarga kami dari kejahatan. Berikanlah kekuatan kepada kami dalam menempuh hari-hari mendatang. Ya Allah, berikanlah petunjuk, taufiq dan hadayah kepada seluruh keluarga kami. Ya Allh, permudahkanlah perjalanan hidup keluarga kami, murahkanlah rezeki kami, berikanlah kebahagiaan kepada keluarga kami dunia dan akhirat. Amin

Kak Long di tempat ke-4


Pemilihan Anugerah Kanak-kanak Cemerlang Kemas Negeri Perak tahun 2009 telah dijalankan di Jabatan KEMAS Negeri Perak di Bangunan Persekutuan Ipoh. Balqis telah dipilih bersama 24 pelajar lain yang mewakili daerah masing-masing. Antara penilaian yang dijalankan adalah menyediakan satu hasil kerja Lipatan kertas (Oregami), Ujian matematik, Ujian bacaan Bahasa melayu dan bahasa Inggeris dan ujian kerohanian. Dalam pemilihan ini Balqis mendapat tempat ke- empat. Hanya Johan yang akan dipilih untuk mewakili negeri perak bagi pencalonan Kanak-kanak cemerlang peringkat kebangsaan. Tahniah kepada pemenang yang terpilih mewakili Perak. Terus Usaha.

Nie Hadiah yang Kak Long terima dalam pertandingan tu.

May 21, 2009

Tahniah Kak Long

Alhamdulillah... Syukur Ke Hadrat Ilahi

Semalam Kak Long telah terpilih sebagai pelajar contoh bagi daerah hilir perak. Mengalir air mata mama apabila Cikgu Rohani memaklumkan tentang keputusan tersebut... Air mata gembira tu...
Terima kasih Cikgu Rohani kerana banyak membantu Kak Long (balqis)

Insya-Allah, kak Long akan dicalonkan sebagai salah seorang pelajar contoh peringkat negeri Perak. Ayah dan mama doakan Kak Long terus menempa kejayaan dalam pencalonan tersebut.

Ayah Dan Mama memanjatkan kesyukuran ke Hadrat Ilahi atas anugerah yang deberikan kepada Kak Long. Alhamdulillah...

Kepada Kak Long, teruskan usaha... Insya-Allah, ayah dan mama akan bantu.


Hadiah dari Cikgu Rohani Untuk Kak Long.
Terima kasih Cikgu!

May 20, 2009

Pertandingan Kanak2 Berpotensi

Hari nie Kak Long (Balqis) telah menyertai pertandingan kanak-kanak berpotensi Tabika Kemas peringkat parlimen bagan Datoh. Dalam pertandingan ini kaklong dipanggil oleh 2 orang hakim, kemudian hakim bertanya soalan-soalan yang melibatkan bahasa melayu, ingggeris, matematik dan keagamaan. Selain tu kaklong diminta membaca artikal bahasa melayu dan bahasa inggeris.

Setelah selesai... cikgu kak long, (Cikgu Rohani) bagitau kak long tak dapat jawab beberapa soalan, antaranya doa keluar tandas dan doa bangun tido... Emm... jarang baca tu... yang lain-lain alhamdulillah... bolah jawab. Apa pun tunggu jer keputusannya ... nanti cikgu kak long akan bagitau...

Apa pun tak kisah kak long dapat nombor berapa, yang penting kak long dah cuba sedaya upaya... Ayah dan mama doakan kejayaan kak long... Insya-Allah.

May 18, 2009

PTK oh PTK




Alhamdulillah... tahun nie memang rezeki aku ngan orang rumah aku...

Untuk PTK Mac 2009 nie orang rumah aku dapat keputusan keseluruhan IV, aku juga dapat keseluruhan IV. nie memang rezeki anak2 nie...

Untuk aku, sebenarnya keputusan tu sekadar untuk rekod je la... sebab aku telah mendapat kenaikan ke DGA32, keputusan tu pula untuk peperiksaan TK1 DGA29. Bagi Wife aku pulak memang rezeki anak2 la... Insya-Allah akan dapat anjakan gaji...

Apapun... aku panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana Dia yang menentukan segalanya... Alhamdulillah


ADAM FAHMI

ADAM FAHMI